Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour

Blogger Review

Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour | Alhamdulillah akhirnya termakbul doa anak-anak Ummi nak tidur kat Fraser Place ekekeke. Setiap kali lalu diorang tanya Ummi bila nak bawa kitorang tidur sini. Ummi cakap doa.. doa.. doa.. kalau ada rezeki lebih dapatlah kita tidur kat sini.

Walau hanya beberapa jam je menginap tapi diorang tetap happy. Bila anak-anak happy Ummi Babah pun happy kuasa dua. Cumanya kami tak sempatlah nak bermandi-manda di swimming pool. Ummi hanya benarkan diorang berendam dalam bath tub je hehehe. Nasib baik diorang ok je. Almaklumlah, kami stay masa weekdays, hari Ummi berkerja jadi tak dapatlah nak beriya sangat.


Kemudahan yang terdapat di studio apartments:

-Fully furnished
-Bilik ada balkoni (subject to availability)
-Dapur moden dan serba lengkap
-Akses Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma
-TV HD dengan pelbagai saluran popular
-2 in 1 Washer and Dryer

Boleh request nak 1 King Size Bed or 2 Single beds.

Ada satu sofa di sebelah katil dan ada workstation dan TV.

Bilik air ada bath tub. Memang suka la budak-budak.

Korang yang sejenis malas nak keluar bilik cari makan, terlebih rajin nak masak korang boleh bawa siap-siap bahan mentah ya. Kat studio apartment ni lengkap semua peralatan asas nak masak. Peti sejuk ada boleh simpan stok barang-barang. Pinggan mangkuk pun tersedia berserta periuk.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour

Jangan risau juga kalau tak cukup pakaian pun jangan risau korang boleh basuh baju siap ada dryer sekali. Complete iron, hair dryer, safety box bagai.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour

View pagi dan malam Puteri Harbour. Apartment kami menghadap Teega Residence. Malam-malam nampaklah kereta-kereta tersadai tepi jalan orang lepak ambil angin Puter Harbour. Abang Ilham tu healing kat balkoni sambil layan Oden Family Mart hehehe.

Pakej penginapan kami ni siap breakfast tau. Jadi pagi-pagi sebelum ke office Babah dah siap breakfast di Swatches Restaurant, ground floor.

Sebelum check out pagi tu, sempat juga Ummi settlekan kerja pagi, then barulah ke office. Sebelum tu jangan lupa hantar anak-anak ke rumah pengasuh hehehe. Itu lah kisah kami yang bermalam di Fraser Place, Puteri Harbour. Alhamdulillah selesa dan puas hati. Recommended untuk korang yang nak jalan-jalan Johor area Iskandar Puteri. Lokasi dekat dengan Legoland, Hard Rock Cafe, Terminal Feri Puteri Harbour dan juga Bandaraya Johor Bahru.

Kalau korang orang luar Gelang Patah, Iskandar Puteri, korang bolehlah jalan-jalan cari makan sekitar Gelang Patah ni. Boleh rujuk entri Ummi yang ni ya >> Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour

SWEET DREAMS & BREAKFAST

Breakfast Included
Guaranteed with Credit Card

Wake Up To Amazing Mornings with Fraser Place Puteri Harbour

MYR 485

Excludes taxes and charges

Size 34-39sqm Bed Type 1 King Size Bed or 2 Single beds

Size: 34-39sqm
Bed Type: 1 King Size Bed or 2 Single Beds
Bathroom: 1 bathroom with bathtub and rain shower
No of occupants: Maximum 2 Adults and Maximum 2 Children below 12 years old sharing the existing bed with parents

FRASER PLACE PUTERI HARBOUR, JOHOR

Residensi Hotel Marina, Persiaran Tanjung Pengkalan Puteri, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia, 79100

+6075308888

Website: https://www.frasershospitality.com/en/malaysia/johor/fraser-place-puteri-harbour/

Instagram: https://www.instagram.com/fraserplaceputeriharbour/

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!