Buffet Ramadan 2023 – Nostalgia Di Bazaar @ Trove Johor Bahru | Jom menggamit memori nostalgia bazaar di TROVE Johor Bahru . Boleh tahan meriah menu buffet Ramadan kat sini tau. Lebih kurang 200 jenis menu bakal disajikan sepanjang Ramadan.
Dari jauh Ummi dah nampak nasi kerabu melambai-lambai. As usual, nasi kerabu di Trove Johor Bahru memang sedap. Jalan depan sikit nampak Laksa Johor. Malangnya Ummi tak sempat jamah Laksa Johor. Tapi ikut review kekawan Laksa Johor kat sini sedap.
Abang Ilham apa lagi, nampak je sekawah Sup Tulang Merah Gearbox dia dah tak keruan. Dia repeat tiga kali hehehe. Sedap sangatlah tu. Nasib pihak F&B Trove dah siap-siap sediakan straw nak sedut tulang gearbox tu hehehe. Senang kerja Abang Ilham.
Banyak lagi makanan lain yang korang boleh cuba, antaranya Whole Lamb Carcass, Kepak Ayam Bakar Madu, Lemang, Ketupat Palas, Laksa Johor, Satay Ayam & Kambing, Otak-otak, Pepes, Durian Goreng, Gulai Kawah Kambing, Daging Salai Lemak Belimbing, Ikan Bakar, Ikan Celup Tepung (ICT) dan banyak lagi.
Kalau rindu-rindu Ikan Celup Tepung (ICT) dekat Celop Celop 5A time bulan puasa nanti, korang datang je la kat Trove hehehe.
Lepas makan boleh la ngonyel² jajan zaman kanak-kanak sambil tiup belon hehehe. Ada asam-asam, biskut-biskut legend, gula-gula dan sebagainya. Sambil didendangkan dengan persembahan nyanyian dari Abang Chik.
Book cepat tau!
Ummi Ilham’s Favourite:
Ummi pun suka Sup Tulang Merah Gearbox kat sini sama macam Abang Ilham. Memang recommended! Nasi kerabu pun Ummi suka. Terpaksa Ummi derhaka dengan “misi tak makan nasi” Ummi tu. Selain tu lauk pauk lain pun sedap. Seafood bakar, octopus pun sedap memang favourite.
Boleh tengok banyak lagi gambar-gambar di page Ummi ya.
Buffet Ramadan 2023 – Nostalgia Di Bazaar @ Trove Johor Bahru
25 Mac – 18 April 2023
6.30pm – 10pm
Surau disediakan di Level 7
Harga Biasa (27 Mac 2023 onwards)
RM160 (Dewasa)
RM108 (Warga Emas/ Kanak-kanak)
Pembelian 10 voucher, dapat 1 voucher PERCUMA!
Untuk tempahan, sila hubungi:
Janet – 017-881 8413
Linda – 016-723 1917
Shafiqah – 017-289 2944
Amri – 019-659 8452
Jimmy – 012-630 4798
Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru
amboi kemain lagi si ilham menyedut gearbox ya. aduh…sedap betul
kannnn memang feveret dia tu auntie juju