Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 – Warna Warni Ramadan Buffet di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 – Warna Warni Ramadan Buffet di Grand Paragon Hotel Johor Bahru | Tahun ini Buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru menampilkan gabungan Sajian Kampung dan Fusion yang berwarna-warni dan meriah dengan lebih dari 100 jenis hidangan.

Antara kelainan pada tahun ini adalah sajian Nasi 7 Benua. Haaaa?? Apa?? 7 Benua?? Mesti korang tertanya-tanya nasi apakah yang 7 jenis ni kan? Ok let me share with you guys! Nasi 7 Benua ni adalah gabungan hidangan 7 jenis Nasi Kerabu, Nasi Kunyit, Nasi Hujan Panas, Nasi Beringin, Nasi Minyak, Nasi Dagang dan Nasi Tomato.

Menu istimewa yang lain seperti Kambing Masak Merah aka Sup Gearbox Tulang Merah, Grilled Lamb Kuzi dan Roti Pita, Mixed Salad, Siakap Goreng bersama Mango Juice, Sup Utara Berempah dan Rojak Sotong XL dengan Kangkung.

Selain itu terdapat juga Lala Goreng Sos Tauchu, Siput Sedut Rebung Masak Lemak Cili Padi, Bubur Lambuk, Chilli Crab, Satay, Lol-lok & Yong Tau Fu, Shawarma, Aneka Ulaman, Aneka Salad dan Kerabu, kuih muih tradisional dan banyak lagi. Pelbagai jenis air juga disediakan, korang pilih je la mana suka. Menu yang paling Ummi cari, macam biasa Duriang Goreng. Durian Goreng kat sini memang montok-montok tau hehehe.

Ummi Ilham’s Favourites

Ummi rasa banyak menu berbuka puasa di Grand Paragon ni yang menepati citarasa Ummi. Antara yang Ummi suka, durian goreng, Lala Goreng Sos Tauchu, Siput Sedut Rebung Masak Lemak Cili Padi, Chilli Crab, Kambing Masak Merah, Siakap Goreng bersama Mango Juice dan banyak lagi. Koran kena try tau!

Macam tahun yang sudah, sambil berbuka puasa korang akan dihiburkan dengan Angklung Performance.

Nak stay di Grand Paragon Hotel di bulan Ramadan? Boleh je dengan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Standard Room termasuk sahur untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak serta Warna Warni Buffet Dinner untuk 2 orang dengan harga RM450. Harga bilik istimewa RM200 nett per room night termasuk sahur dan berbuka untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ditawarkan untuk korang yang extend semalam lagi di sini. Promosi sah dari 24 Mac hingga 21 April 2023 sahaja.

Nak sahur je kat Grand Paragon Hotel? Boleh takkan tak boleh. Sahur bermula jam 4 pagi hingga 5.30 pagi, dengan harga RM48 nett untuk dewasa dan RM28 nett untuk kanak-kanak. Ok korang yang nak book untuk berbuka dan sahur cepat-cepat contact nombor kat bawah tu ya!

Buffet Ramadan 2023 – Warna Warni Ramadan Buffet di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Cafe Para Para Grand Paragon Hotel Johor Bahru
18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor.

24 Mac – 21 April 2023
7pm – 10pm

Early Bird
(Purchase on or before 19 March 2023) – RM118 nett

Harga Biasa
(20 Mac – 21 April 2023)

Dewasa – RM148 nett
Warga Emas (55 tahun ke atas) – RM98 nett
Kanak-kanak (5 – 12 tahun) – RM74 nett

Surau disediakan di Level 3.

Untuk tempahan, sila hubungi:

?

 016-733 7363 | 
? +607-2685222 / 5255
 info@grandparagonhotel.com.my

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *