Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Muhibbah di Hotel Granada Johor Bahru | Tahun ini Hotel Granada Johor Bahru menyajikan Ramadan Buffet Dinner serendah RM79 harga “early bird” dan RM99 pada harga biasa. Buffet Ramadan di Hotel Granada adalah antara buffet yang berharga bawah RM100. Murah kan? Nak dapat betul-betul murah grab lah harga early bird tu.
Pelbagai juadah istimewa bakal disajikan mengikut giliran seperti Kambing Golek, Sambal Udang Petai, Tofu Schezuan Sauce, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Gulai Darat, Nangka Masak Lemak, Ayam Masak Kurma, Sup Berempah, Ulam-ulaman, Aneka Salad & Kerabu, Aneka kuih-muih tradisional, durian goreng dan banyak lagi.
Ummi Ilham’s Favourite
Kat sini kan Ummi suka betul makan Tofu Schezuan Sauce tu berapa kali Ummi repeat hehehe. Siput Sedut Masak lemak pun tak kurang sedapnya. Kemain semangat lagi Ummi menyedut siput sedut. Kuah lemak dia tu sedap. Udang Sambal Petai pun menarik perhatian Ummi tau.
Kambing Golek pun sedap ok. Sekali chef bagi sepinggan jenuh Ummi nak habiskan terpaksalah share dengan Huda hehehe. Special appeareance, duriang goreng. Yummy! Memang favourite la time bulan puasa nanti.
Review kali ni Ummi ditemani oleh Mommy Leen dan hero paling kecil Ilham Syahid. Tapi sampai hotel je dia pakat tidur. Adehhh. Bangun je dari tidur dia syok makan keropok lekor.
Buffet Ramadan 2023 – Citarasa Muhibbah di Hotel Granada Johor Bahru
Aktiviti wajib. One for the memory with JDT Bloggers. Sayang korang!
Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru
25 Mac – 16 April 2023
6.30pm – 10.30pm
𝙀𝙖𝙧𝙡𝙮 𝘽𝙞𝙧𝙙 𝙋𝙧𝙞𝙘𝙚 (22 Feb – 22 Mac 2023)
RM79 (Dewasa)
RM59 (Warga Emas/ Kanak-kanak, 6 – 12 tahun)
𝙃𝙖𝙧𝙜𝙖 𝘽𝙞𝙖𝙨𝙖 (25 Mac – 20 April 2023)
RM99 nett (Dewasa)
RM79 nett (Warga Emas/ Kanak-kanak, 6 – 12 tahun)
Surau disediakan di Basement. Parking percuma.
Untuk tempahan, sila hubungi:
017-799 8413 (Mohd Hafit)
hafit.hgjb@careluxuryhotels.com
Group booking:
017-7727358 (Mohd Adi)
017-8188047 (Rohan)
012-7727534 (Ruhila)
sales.hgjb@careluxuryhotels.com
Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru
Sedapnyaaa bila tengok sambal udang Petai tu!! Siput Sedut sedap jugak! Murahhh harganya berbaloi menu yang ada eh 😃
Psst: I luv u too!
Kannnn berbaloi la dengan harganya