Buffet Ramadan 2023 – Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2023 – Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box | Alhamdulillah kali kedua Ummi dapat menjamu selera “Juadah Big Box” sempena Ramadan yang bakal menjelma. Kali ni ada sedikit kelainan yang dibawakan oleh Pendas Cafe. Tahun lepas ada tempura durian, tapi kali ni kami disajikan dengan “durian segar”.

Lebih 300 jenis hidangan bakal disajikan sepanjang Ramadan antaranya Nasi Ulam, Nasi Beriyani, Asam Pedas Ikan Siakap, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Gulai Kawah Daging Batang, Pinang Shellout, Ikan Patin Tempoyak, Paru Berlado, Telur Itik Masak Lemak, Sambal Petai, Udang Goreng Kunyit dan banyak lagi.

Istimewa pada tahun ini, Sunway Hotel Big Box menyajikan:

Fresh Durian (bermula jam 8 malam)
Kambing Golek
Aneka Aiskrim Baskin Robbins
Live Performance – Cherlike Acoustic Daily

Terdapat beberapa “live station” yang menyajikan Kambing Golek, Sup Gearbox, Shellout, Sate, Pisang Goreng & Cucur dan juga stall durian.

Aneka ulaman dan juga kerabu. Tahun ni tak ada sajian “seafood on ice”. Kalau korang peminat seafood korang kena cuba Shellout kat sini tau. Memang sedap! Tak percaya? Tengok gambar hero-hero Ummi kat bawah tu. hehehe.

Dua orang peminat shellout sedang menikmati shellout sedap dari Pendas Cafe. Gambar tengah tu beliau tengah menikmati durian, sampai dua pinggan dia bedal.

Gambar lain sila tengok facebook page HERNEENAZIRDOTCOM ya!

Aneka kuih tradisional seperti kuih ketayap, pau sambal, pulut panggang, kuih dan banyak lagi. Terdapat juga kek, agar-agar dan buah-buahan segar. Nak sejukkan tekak korang boleh DIY Air Batu Campur sendiri. Nak lagi syok nikmatilah aneka aiskrim Baskin Robbins. Abang Syamil tu repeat dua kali tau makan aiskrim coklat.

Buffet Ramadan 2023 – Juadah Big Box di Sunway Hotel Big Box

Macam biasa, korang boleh memilih untuk berbuka di dalam Pendas Cafe atau duduk santai bersebelahan infinity pool. Makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Boleh la healing sekejap kan menikmati udara segar dari tingkat 1 Sunway Hotel Big Box. Surau disediakan di Ground Floor.

“JUADAH BIG BOX” di Sunway Hotel Big Box

? Pendas Cafe, Sunway Hotel Big Box
? 25 Mac – 20 April 2023
? 6.30pm – 10.30pm

‼️ EARLY BIRD PRICE (22 Feb – 22 Mac 2023)
RM118 (Dewasa)
RM59 (Kanak-kanak, 6 – 12 tahun)

? HARGA BIASA (25 Mac – 20 April 2023)
RM138 nett (Dewasa)
RM69 nett (Kanak-kanak, 6 – 12 tahun)

Untuk tempahan, sila hubungi:
Fara (011-2165 5355)
Pendas Cafe Direct Line (019-2334738)
atau
Email: sbbh.enquiry@sunwayhotels.com

Senarai Buffet Ramadan 2023 di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!