Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Foods Review
Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai | Akhirnya sampai juga kami ke Restoran Itik Salai Masthar ni setelah berkali-kali menyusun angan-angan nak singgah hehehe. Berkali-kali juga kena perli dengan Uncle Zam ni, sebab dia kata Ummi tak sudi nak singgah makan kat sini. DIa tak tahu ke yang Ummi ni peminat tegar itik salai hehehe.

Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Sebenarnya kami sampai agak lewat ke sini, sebab lepas check-out dari E-City Hotel One City Hotel Subang Jaya, kami terus meronda-ronda ke Suria KLCC. Memang dah plan nak ke sini jadi kami tak makan kat tempat lain. Kira late lunch sangat dah ni hehehe. Alhamdulillah makanan masih ada lagi.

Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Banyak pilihan makanan yang ada antaranya Daging Salai Masak Lemak, Rendang Itik Salai, Itik Salai Masak Lemak, Gulai Ikan Baung, Gulai Udang Galah, Ayam Goreng Berempah, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Keli Goreng, Ulam-ulaman, Tempoyak dan Aneka Sambal.

Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Nampak tu taukey acah-acah tekan kalkulator hehehe. Duit Ummi tak laku la kat sini.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dan Itik Salai Lemak CIli Api super sedap uolls. Serious uolls kena cuba itik salai kat sini tau. Dijamin sedap.

Sajian Makan Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Ummi kan diet ecehhh jadi Ummi bedal ulam-ulaman dan meratah lauk-pauk je ekekeke. Kami dah lambat sampai dapatlah saki baki tempoyak. Ayam goreng tu panas-panas rangup diluar juicy di dalam. Sedap!

Gulai Udang Galah dan Gulai Ikan Baung sedap kuah gulai tu ui. Gulai Ikan Baung tu asam pedas la kan kalau orang Johor panggil hehehe.

Nampak tu berselera hero-hero Ummi makan. Semua puji sedap.

Sebelum balik, sempatlah kami bergambar kenangan dengan Uncle Zam. Nak jumpa selalu memang susah jadi simpan la kenangan kat sini. Insha Allah panjang umur kami repeat lagi.

Selain dari main menu di Restoran Itik Salai Masthar Nilai, korang juga boleh order makanan lain di stall bersebelahan restoran, ada Coconut Shake, Putu Piring Abah dan juga Pisang Goreng.

Kemudahan Lengkap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

Ruang kedai yang luas, banyak kerusi meja jado korang jangan risau kalau tak cukup tempat duduk hehehe.

Kawasan parking yang luas, tandas bersih dan surau juga disediakan memudahkan pelanggan untuk solat dan sebagainya. Jangan lupa singgah ok!

Lunch Sedap di Restoran Itik Salai Masthar Nilai

RESTORAN ITIK SALAI MASTHAR

Alamat: Lot 655, 3265, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Waktu Perniagaan: Sabtu – Khamis (11am – 5pm)
Tutup: Jumaat
Phone: 017-661 7882

Waze: Itik Salai Masthar Nilai

Facebook: https://www.facebook.com/itiksalaimastharNILAI

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!