Lunch Asam Pedas & Ikan Bakar Sedap di Restoran Taste of Johor Nusa Sentral | Cerita Sabtu lepas, Ummi mencuba kedai makan terbaru yang bertemakan “selera orang Johor” di Taman Nusa Sentral. Kalau korang nak makan asam pedas Johor style jomlah datang ke RESTORAN TASTE OF JOHOR @ SELERA JOHOR di Taman Nusa Sentral, Iskandar Puteri.
Menyajikan lebih 35 jenis hidangan lauk pauk selera Johor. Insha Allah Taste of Johor bakal menambah sajiannya sehingga 50 jenis hidangan lauk pauk sehari, Banyakkan? Konfem Rambang mata tengok asam pedas dan lauk pauk lain bersusun. Rasa semua nak dicuba hehehe.
Antara yang menarik:
Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Mayong
Asam Pedas Ikan Sembilang
Asam Pedas Belangkas
Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Asam Pedas Tetel
Ayam Kicap
Ayam Berlado
Ayam Goreng Berempah
Ikan Bakar (Siakap, Pari etc.)
Seafood Bakar (Udang, Kerang, Kupang, Sotong)
Aneka Ulam-ulaman
Aneka Sayur-sayuran
Nasi Lemak (Aneka Pilihan Lauk Pauk)
Kuah Asam pedas tu sedap betul. Sambal ikan bakar pun sedap memang cukup rasa diperah pula dengan limau kasturi. Syok meratah ikan.
Sayur-sayuran pun banyak termasuklah ulam-ulaman, ikan masing dan anek sambal. Kalau korang tak nak makan nasi campur boleh juga order Nasi Lemak dengan aneka lauk pilihan.
Nak buat-buat sejuk tekak boleh cuba ais jelly dan air batu campur ni. Sangat menyegarkan.
Lepas makan, dah kenyang bolehlah posing kat pondok comel Taste of Johor.
Korang mesti cuba menu kat sini tau! Ummi gerenti korang repeat lagi hehehe. Alamat seperti di bawah tu. Kalau nak tengok gambar banyak lagi sila ke FB page herneenazirdotcom ok!
Lunch Asam Pedas & Ikan Bakar Sedap di Restoran Taste of Johor Nusa Sentral
RESTORAN TASTE OF JOHOR @ SELERA JOHOR
Alamat:
37, Jln Sentral 24, Taman Nusa Sentral, 79100 Johor Bahru, Johor.
(Berhadapan Speedmart Taman Nusa Sentral)
Facebook: Taste of Johor
Instagram – Taste of Johor
Waktu perniagaan:
11am – 6pm
Selasa – Ahad (Tutup Isnin)
Untuk tempahan & pertanyaan, sila hubungi:
#tasteofjohor#selerajohor#thesandvillage#thesandvillagecatering #cateringmurah#cateringjb#cateringservice #cateringjohor#cateringkawen#cateringekonomi#cateringterbaikjb#cateringmurahjb#foodie#johorfoodie#foodreview#bloggerjohor#JDTBlogger#herneenazirdotcom
Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah