
Lunar Year Celebration di LEGOLAND® Malaysia Resort | Lunar New Year Celebration di LEGOLAND Malaysia dah start uols! Bermula 13 Januari hingga 5 Februari 2023 LEGOLAND® Malaysia Resort akan menyambut Tahun Arnab dengan menghidupkan beberapa tradisi kaum Cina.
Pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan yang disediakan di Legoland Theme Park, Water Park, Sealife dan juga Legoland Hotel dengan sentuhan LEGO® DNA untuk seisi keluarga.
Lunar Year Celebration di LEGOLAND® Malaysia Resort
Antara aktiviti menarik yang korang boleh join:

Credit pic: Sunah Sakura
Persembahan Kebudayaan seperti Chinese New Year Dance-off, Zodiac Dance Along, The Story of Monkey King dan banyak lagi.

Bina sendiri LEGO arnab dengan menyertai aktiviti Build-A-Rabbit.

Kanak-kanak boleh menebus hadiah istimewa sekiranya berjaya mencari dan mengira bilangan Tanglung Merah (Red Lantern) di SEA LIFE Malaysia.
Aktiviti menarik lain seperti The Wisdom Tree, Chinese Yo-Yo, Lion Head Dance Lesson, Chinese Drums, Jian Zi, Lunar Ribbon Dance, Wheel of Fortune & Dress Up.

Wisdom Tree – Korang boleh la tulis apa-apa wish. Buat suka-suka je ok.

Chinese Yo-Yo, Lunar Ribbon Dance, Jian Zi, CNY Lion Head Lesson & Chinese Drum.

Dress Up. Comel tak Abang Syamil? hahaha.

Penampilan istimewa: Ollie, Master Wu, Ninja Kai, Cheng Du Opera & Monkey King.

Favourite diorang singgah di LEGO® NINJAGO™ World.
Korang get ready ok, kalau nak tengok Lion Dance Performance – The Beginning (21 Januari 2023 @ 10am/ 11am/6pm), Water Park (22 Januari 2023 @ 12.30pm). Save the date ya!



Sebenarnya kami banyak habiskan masa di Legoland Water Park. Full story nanti Ummi share next entry. Korang layan dulu sekeping dua gambar kami di Legoland Water Park yang bertukar dekorasi sempena Lunar Year Celebration ni.



Jangan lupa masuk juga ke Sealife, boleh join contest kira Red Lantern tu. Tapi untuk kanak-kanak je ok. Emak-emak sila tengok kat sebelah hehehe.
Nak tengok banyak gambar lagi marilah ke FB page herneenazirdotcom.
Info lanjut boleh rujuk, website: https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/lunar-new-year/