Drama Rindu Kasih TV3

TV Program
Drama Rindu Kasih TV3

Drama Rindu Kasih TV3 | Tiga hari lepas masa nak reset password Unifi TV, tetiba Ummi terbuka TV3. Masa tu tengah tayangan drama Rindu Kasih. As usual, Ummi mana ambil port pasal drama kat TV ni kalau drama tu tak betul-betul best dan menarik perhatian apa lagi pelakonnya yang best. Sajalah sambil iron baju layan drama RIndu Kasih ni, ehhhhh macam menarik. Lakonan Ummi Nazeera kan, jarang la tak menarik dan penuh emosi.

Memang best, baru tengok satu episod dah rasa menyirap dengan mak mertua Ina, emaknya si Amir. Ehhhhhh minta dijauhkanlah mak mertua macam ni kan. Nasiblah emak mertua Ummi baik orangnya hehehe. Rasanya Ummi bakal melekat tengok episod seterusnya ni. Korang bacalah sinopsisnya tu. Cuba tengok satu episod konfem melekat hehe. Drama Rindu Kasih juga boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

Sinopsis Drama Rindu Kasih TV3

Rindu Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Ummi Nazeera, Amyza Aznan, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 15 September 2022 menggantikan Suri Hati.

Selepas ditinggalkan Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan bersama anak mereka, Salina yang berusia beberapa bulan. Untuk menyara anak kecilnya, Khalid terpaksa bekerja.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah.

Zamani meminta Amir memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah untuk mengahwinkan Amir dengan Salina.

Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina dan Amir?

Pelakon Drama Rindu Kasih TV3

  • Ummi Nazeera sebagai Salina
  • Amyza Aznan sebagai Shida
  • Izzue Islam sebagai Amir
  • Nafiz Muaz sebagai Hisham
  • Arash Mohd sebagai Khalid
  • Shazia Rozaini sebagai Huda
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
  • Ezzaty Abdullah sebagai Murni
  • Meor Mohd sebagai Iqbal
  • Ayu Azlina sebagai Siti
  • Nik Ramly sebagai Zamani
  • Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
  • Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
  • Iskandar Shah sebagai Amin
  • Yamin Abu Bakar sebagai Supri
  • Siti Rohani Dollah sebagai Tini
  • Elly Suhaili sebagai Sofia
  • Hairi Ab Ghani sebagai Kamil
GenreMelodrama
Cinta
Konflik
Drama
PengarahPali Yahya
Dibintangi olehUmmi Nazeera Amyza Aznan
Lagu pembukaanSeandainya – Ariff Bahran
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rindu_Kasih

Drama Lakonan Ummi Nazeera Yang Best >> Risik Pada Hati

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!