Tahniah JDT! Juara Piala Malaysia 2022

Rambling
Tahniah JDT! Juara Piala Malaysia 2022

Tahniah JDT! Juara Piala Malaysia 2022 | Tahniah buat pasukan bola sepak Johor Darul Takzim yang baru sahaja memenangi Piala Malaysia 2022 menewaskan pasukan lawan Selangor 2 – 1. Ummi bukan nak jadi pengulas bola sepak, tapi dah alang-alang satu rumah riuh jeritan gol Ummi pun join sekaki la kan.

Yang penting semua Bangsa Johor bakal bercuti esok sempena JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 ni. Thanks MB Johor, Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi awal-awal lagi dah umum cuti untuk rakyat Johor. Maka bertambah-tambah la cuti kami minggu ni. Longggggggggg weekend di tambah dengan cuti peristiwa yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke 10 kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. See you on Wednesday boss! Psssttttt.. next week Ummi kerja Rabu dan Khamis je sebab Jumaat sambung cuti lagi hehehe.

Tahniah JDT! Juara Piala Malaysia 2022

Tahniah JDT! Juara Piala Malaysia 2022

Untuk semua, gunakanlah cuti panjang ni sebaik mungkin ya. Stay safe, stay healthy! Harap Ummi tak terover cheat cheat day kan. Rabu nak timbang dan jumpa doktor hoiii! Yang nak jalan-jalan cari makan sempena long weekend bolehlah ke Fesko UTM, Sunway Big Box, Toppen Shopping Centre, B5 Street Market, @Mart Kempas dan juga AEON Kulai hehehe. Babai uolls!

p/s Ehhhh.. MB Johor tak nak tambah cuti satu hari lagi untuk kemenangan JDT ke? hehehe. Just kidding!

Credit photo: Johor Southern Tigers

Baca juga: From Flab To Fab Challenge

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!