Home » Pungutan Pingat Temasya SUKMA 2022 (18 Sept 2022)

Pungutan Pingat Temasya SUKMA 2022 (18 Sept 2022)

Pungutan Pingat Temasya SUKMA 2022 (18 Sept 2022)

Pungutan Pingat Temasya SUKMA 2022 (18 Sept 2022) | Sukan Malaysia ke-20 atau SUKMA merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur bermula dari 16 hingga 24 September 2022. Mengikut perancangan awal, temasya SUKMA ini dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 dengan Johor sebagai tuan rumah, namun telah ditangguhkan kepada 6 hingga 14 Mac 2021 akibat Pandemik COVID-19. SUKMA seterusnya ditangguhkan lagi kepada 16 hingga 24 September 2022 dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah dan dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2022.

Alhamdulillah setakat jam 10 malam, 18 September 2022, negeri Johor Darul Takzim mendahului dengan 29 pingat emas, 18 pingat perak dan 13 pingat gangsa dengan jumlah keseluruhan 60 pingat. Syabas atlet Johor! Bangga jadi anak jati Johor. Mudah-mudahan pasukan Johor mampu menjuarai temasya SUKMA 2022 nanti.

Keputusan terkini SUKMA 2022 boleh disemak di sukma2022.nsc.gov.my.

Pungutan Pingat Temasya SUKMA 2022 (18 Sept 2022)

Pungutan Pingat Temasya SUKMA 2022 (18 Sept 2022)

Sukan Malaysia (SUKMA) 2022

Cogan Kata SUKMA 2022

Cogan kata rasmi temasya ini ialah “#DemiMalaysia”.

Maskot SUKMA 2022

Maskot rasmi temasya ini adalah dua ekor harimau Malaya yang dinamakan “Oyen”. Nama tersebut dipilih kerana mudah diterima dan diingati setiap lapisan masyarakat, bersesuaian dengan warna oren yang melambangkan keberanian. Maskot ini juga menggambarkan atlet muda yang tidak luntur semangat dan tabah menghadapi perjuangan dalam memburu kegemilangan.

Lagu Rasmi SUKMA 2022

Tajuk lagu : Demi Malaysia
Komposer : Zimi
Lirik : Jerry
Penyanyi : Datuk Awie, Jaclyn Victor & Naim Daniel

Lirik Lagu Demi Malaysia

Menempuh jalan ini
Bangkitlah bersemangat tegarkanlah Jiwa kita semua
Terus melangkah
Menghadapi segala rintangan teguh bersama
Berdepan dengan agenda dunia
Kita masih di sini
Cekal utuh berdiri
Bersama mengharungi
Demi Malaysia
Demi Malaysia
Tanah tumpah darahku
Biarkan dunia tahu
Demi Malaysia
Demi Malaysia
Tanah tumpah darahku
Takkan terluntur semangat semua

Kredit info: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Malaysia_2022

Baca juga: LEGOLAND® Malaysia Resort Turns 10 with Impressive Celebrations And A Bricktastic Year Ahead

 14,413 total views,  8 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!