
Nikmati BBQ Buffet Dinner di Grand Paragon Hotel Johor Bahru | BBQ BUFFET DINNER Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Bermula 3 September 2022 ni korang boleh menikmati beraneka hidangan lazat sempena promosi barbecue buffet dinner.

Menu yang menyambut korang bila sampai je Cafè Para Para adalah Roasted Crusty Garlic Lamb Leg with Assorted Sauce. Penggemar kambing pasti sukakannya.

Bagi korang sukakan Pecking Duck jangan lepaskan peluang ini ok. Boleh makan Pecking Duck Roll sampai lebam dengan pelbagai condiments yang disediakan.

Ini antara HOT DISHES yang ada, Ayam Kalio Minang, Stir Fried Black Pepper Beef, Sotong Sumbat Percik, Deep Fried Soft Shell Crab, Butter Prawn, Stir Fried Brocolli, Black Mushroom & Carrot, Salmon Piccata with Creamy Caper Sauce, Oxtail Osso Buco, Vegetable Lasagna dan Steamed White Rice aka nasi putih kukus hehehe.

Variety of cold Tapas. Kalau korang nak tau perkataan “Tapa” tu maksudnya appetizer atau snack bagi Spanish cuisine. Eh sebenar Ummi yang tercari-cari maksud tapas tu hehehe. Ada Smoked Salmon with Lemon, Capers & Onions, Bruschetta dan banyak lagi.
Ada SHOW KITCHEN juga yang menampilkan menu seperti Laksa Nyonya, Shell Out dan BBQ Honey Chicken Wings Smoked.

Dessert pun banyak pilih je la mana korang suka.

Jangan lepaskan peluang minum air yang sedap ni ok. Nama komersialnya Ummi lupa hahahaha.
Ummi Ilham’s Favourite
Ummi dah cuba sedap-sedap makanannya tau. Terpaling favourite BBQ Honey Chicken Wings Smoked, Salmon with Lemon, Sotong Sumbat Percik, Salmon Piccata with Creamy Caper Sauce, Roasted Crusty Garlic Lamb Leg dan banyak lagi.
Nak celebrate birthday ke anniversary ke memang sesuai sangat la tu hehe. Boleh baca details kat bawah ni ya. Tempahan awal dapat harga promosi.
Nikmati BBQ Buffet Dinner di Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Tempat: Cafè Para Para
Hari: Setiap Sabtu
Masa: 7pm – 10.30pm
PROMOSI HARGA ISTIMEWA UNTUK BULAN SEPTEMBER
Dewasa RM98+ (RM103.90nett)
Kanak-kanak (5 – 12 tahun) RM49+ (RM51.95nett)
HARGA BIASA
Dewasa RM108+ (RM114.50nett)
Kanak-kanak (5 – 12 tahun) RM54+ (RM57.25nett)
Untuk tempahan & pertanyaan:
016-733 7363 |
+607-2685222 / 5255
info@grandparagonhotel.com.my|
18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor
Website: www.grandparagonhotel.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/grandparagonhoteljb
Instagram: https://instagram.com/grandparagonhotel
#bbqdinner#cafèparapara#barbecue#grandparagonhoteljohorbahru#foodreview#foodhunter#johorfoodie#johorbahru#bloggerjohor#JDTBlogger#herneenazirdotcom
Masya Allah gambar kambing roasted tu…Adooo.. kita tak tau la kan… suka naw ler.nak cuba desert hotel. Haha