RichValet Kedai Emas Murah di Johor Bahru

RichValet Kedai Emas Murah di Johor Bahru

RichValet Kedai Emas Murah di Johor Bahru | Weekend lepas, cuci mata kat Kedai Emas RICHVALET yang terletak di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Ummi dengar-dengar RichValet ni antara kedai emas termurah dan berkualiti di JB ni. survey kot ada yang berkenan boleh masuk wishlist. Kedai Emas Rich Valet ni kedai emas famous di Johor Bahru ni tau. Kedai emas 916 online TRUSTED!

Pertama kali masuk je Ummi dah ter”fall in love” dengan suasana dalam RichValet ni. Sebab apa? Sebab kedai emas RIchValet ni bertemakan warna “soft pink” gitu. Aduhaiiii sweetnya warna tu. Sempatlah Ummi posing satu kali sebelum Ummi khayal membelek emas yang beraneka design tu.

Nampaknya satu jam duduk dalam kedai emas ni banyak design emas yang cantik, terkini, kemas & comel yang masuk wishlist Ummi. Ummi ni nak beli emas memang sejenis terkial-kial. Nasib baiklah staff RichValet ni pandai melayan pelanggan dan sangat membantu. Jadinya senanglah kita nak buat pilihan.

RichValet Kedai Emas Murah di Johor Bahru.

Seriuously Ummi geram betul tengok design cincin-cincin ni. Banyak lagi pilihan tapi yang lima gambar kat atas ni yang menawan kalbu Ummi hehehe. Cantik betul. Dah masuk dalam wishlist hehe.

Ini pula rantai tangan yang menggoda Ummi hahaha. Astaghfirullahalazim. Kalau tak kuat iman ni dah TERsambar seutas ekeke. Tak apa kita simpan dulu hasrat di hati tu, mana tau ada rezeki terpijak bolehlah sambar seutas kan.

Ok berangan sekejap. Rantai leher ini sangat cantik. Designnya simple je. Huwaaaa geram betullah. Next time pergi memang kena sambar seutaslah.

HARGA RICHVALET

Normal Item : RM260
Luxury Item : RM270
Trade in : RM 225
Jual : RM 215

Harga di atas ISTIMEWA bagi pemegang kad ahli sahaja,
Tambahan RM8 untuk bukan pemegang kad ahli.

SEMARAK MERDEKA SALE DI RICHVALET

Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, RichValet mengadakan promosi SEMARAK MERDEKA SALE buat para pelanggan tersayang. Antara tawaran menarik untuk para pelanggan adalah seperti berikut:

  • Diskaun sehingga RM8/g bagi pemegang Kad Ahli RICHVALET
  • Diskaun 60% bagi cincin Permata 916 dan Cincin Lelaki 925
  • PERCUMA LUXURY BASIC TOTE BAG RICHVALET bagi pembelian atas RM 999
  • PERCUMA EMAS 916 bagi pembelian di atas RM 2888
  • PERCUMA CUCI EMAS

Korang kena grab cepat tau promosi ni. Banyak tawaran menarik tu. Rugi la kalau tak grab. Pelaburan membeli emas adalah salah satu pelaburan yang sangat berbaloi. Kalau dulu Ummi yang tak berapa gemar pakai emas ni tak ambil port pun bila tengok kawan-kawan, adik-adik syok bertukar-tukar emas, menambah-nambah emas. Bila dah ada kawan yang explain pentingnya ada emas ni barulah terbuka sikit minda Ummi ni nak mengumpul emas.

KEPENTINGAN MENYIMPAN EMAS

  1. Emas Salah Satu Penyimpan Nilai Terbaik – Menyimpan emas sebagai aset simpanan untuk persediaan menghadapi kejatuhan nilai wang, keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil.
  2. Emas Pelaburan Yang Terbaik – Untuk jangkamasa panjang pelaburan emas adalah sangat baik dan menguntungkan. Bagi pelaburan emasianya menghasilkan keuntungan dengan cara membeli emas ketika harganya rendah dan menjualnya semula apabila harganya meningkat. 
  3. Emas Membantu Mengelakkan Kebocoran Wang – Bagaimana emas membantu mengelakkan kebocoran wang? Dengan membeli emas, kita dapat mengurangkan daripada berbelanja sesuka hati barang-barang kurang berfaedah.
  4. Harga Emas Sentiasa Meningkat – Harga emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang kerana emas kalis inflasi. Penyimpanan emas pada masa kini akan mendapat keuntungan berganda apabila harga emas dunia meningkat kerana harga yang tinggi berganda dengan kejatuhan nilai mata wang negara kita.
  5. Emas Membantu Di Saat Kesukaran – Andainya sesuatu terjadi dalam hidup kita tanpa diduga, emas simpanan yang kita ada boleh membantu serba sedikit perbelanjaan dengan menjualnya semula mengikut harga pasaran.

Setakat ini itu sahaja kepentingan emas yang dapat Ummi kongsikan hasil dari pembacaan di internet. Kalau ada lagi penambahan Ummi akan update ya. Memang sangat membuka mata bila dapat tahu kepentingan emas ni kan.

DESIGN EMAS RICHVALET MEMANG KEMAS DAN CANTIK!

Ok kalau korang nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang di RichValet Ummi kongsikan di page ya. Amaran, sekiranya korang tergoda sila tanggung sendiri ya hehehe. Bolehlah ajak suami, tunang atau calon suami jengah-jengah RichValet, sambil cuci mata dan cuci poket hehehe. Mana tahu diorang sudi belikan barang seutas dua rantai tangan dan rantai leher. Tak pun sebentuk dua bentuk cincin hehehehe. Pepandailah korang adjust pasangan masing-masing ya. Ummi beri cadangan je ekeke. Sebab Ummi pun nak cuba nasib mintak sebentuk cincin lagi dengan Babah hahaha.

“Kedai emas online TRUSTED” “Top kedai emas famous di Johor Bahru” “Design Emas Cantik & Terkini” “Kedai emas Johor Bahru” “Kedai emas 916 online TRUSTED” “Kedai emas murah kualiti”

Korang nak cuci mata boleh ke sini shoroom terus ok. Memang rambang mata weh. Sila kuatkan semangat tau. Kalau korang join ahli, ada harga istimewa. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga istimewa dan hadiah dari RichValet.

KEDAI EMAS RICHVALET

Alamat: No 64, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Waktu perniagaan: 10.00 pagi – 7.00 malam

Facebook: https://www.facebook.com/richvalet.co/
Instagram: https://www.instagram.com/richvalet/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@richvalet
Telegram rasmi: https://t.me/RICHVALET

#richvalet #kedaiemasrichvalet #emas #tradein #gold #bandarbaruUDA #kedaiemasmurah #kedaiemasmurahjb #kedaiemasmurahjohorbahru #johorbahru #bloggerjohor #JDTBlogger #herneenazirdotcom

Baca juga: Pengalaman “Trade In” & Beli Emas di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Perghh tergodaa… mengodaa… tersampukkk tak ko nengok aaa? Hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *