Pengalaman “Trade In” & Beli Emas di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang

Leisure

Pengalaman “Trade In” & Beli Emas di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang | Sabtu lepas Ummi request dengan Babah untuk “me time” selepas habis siri family holiday kami. Bukan apa “me time” ni bagus untuk recharge energy tau especially untuk emak-emak ni. Lokasi “me time” Ummi kali ni adalah lokasi yang jarang-jarang Ummi tuju tau. Nak tahu Ummi kemana? Baca tajuk pun korang dah tahu kan hehehe. Ummi menghabiskan masa terkuang di Kedai Emas Miragold, Pasir Gudang. Ehhhh, ada yang komen di IG Ummi, jauhnya orang Gelang Patah ke Pasir Gudang beli emas hehehe. Awak nak tau kenapa Ummi sanggup redah jalan jem dari Gelang Patah ke Pasir Gudang? Mestilah ada yang special kat Kedai Emas Miragold ni. Nak tahu baca sampai habis ok? 😉

Melangkah masuk ke dalam Kedai Emas Miragold je korang dah disambut dengan salam dan senyuman manis staff. Ehhhh terasa meriahnya kedai emas ni. Even Pak Guard kat luar pun ramah tamah ok. Lokasi memang strategik. Pertama kali tau Ummi jejakkan kaki ke sini. Yang paling menarik minat Ummi adalah interior designnya. Serious cantik weh, berlatar belakang rona putih dan tiffany blue memang menjadikan mood lebih segar dan nampak eksklusif. Nak bergambar pun rasa cantik je.

Hajat asal nak tanya harga “trade in” je. Ya awakkkk, cakap dengan Babah nak tengok harga trade in berapa agaknya. Sebab Ummi ada seutas gelang tangan yang dah lama zaman anak dara arwah emak belikan. Gelang tu dah terputus, jadi dari Ummi peram dia tak pakai baiklah Ummi trade in dan beli gelang baru kan. Ehhh memulakan kekonon nak beli cincin je, Ummi kan bukan peminat emas hehehe.

Bila tahu @emasmiragold ni bagi harga trade in tertinggi setiap masa (RM235/ gram pada 11 Jun 2022) teruslah niat nak trade in gelang lama diteruskan. Bila tanya Babah, dia pun bagi green light dan tambah dana hehehe apa lagi laju le memilih. On the spot dia transfer duit hahaha. Makin blink blink mata Ummi oiiii. Terlupa sudah niat asal. Astaghfirullahaladzim!

Bila bukan si “kaki emas” pergi ke kedai emas. Dia punya level rambang mata tu lain macam.

Mula-mula Ummi berkenan bangle Cartier Moon ni. Memang nampak cantik weh. Design dia tu bukan senang nak dapat tau.

Sekali ternampak pula design KLCC ni. Aduhhhh hati dah berbelah bagi. Penasihat depan mata kata dedua cantik. Terus send gambar kat whatsapp Babah. Babah pun kata dedua cantik. Tapi terpulang pada Ummi berkenan yang mana. Dia ok je. Send lagi gambar pada Mommy Ngah, ni penasihat emas utama Ummi hahaha. Mommy Ngah kata dedua cantik tapi KLCC lagi cantik. Ya Allah nak mana satu ni???

Akhirnya “Ku pinang bangle KLCC dengan bismillah” hahaha.

Ummi ni kan sejenis kena ada penasihat bila masuk kedai emas. Ummi memang dari dulu tak berapa pandai sangat memilih hehehe. Dapat pula dua orang penasihat yang betul-betul bagi nasihat sambil meracun makin tergoda la nak meminang seutas gelang tangan. Itu baru tergoda di ground floor tau.

Naik pula ke first floor. Jejak je kaki ke lantai, berbaris staff sambut salam dengan senyum. Wahhhh korang ni kan memang terbaiklah layan customer.

Ummi istighfar bebanyak ni. Astaghfirullahaladzim. Takut tergoda lagi. Ohhhhh i is seram! Tengok bahagian cincin, OMG! banyaknya design yang up to date dan semestinya cantik-cantik.

Banyak design terbaru kat sini tau. Korang bayangkan la toleh kanan nampak cantik, toleh kiri nampak cantik. Aduhaiiiii pening kepala bibik nak pilih yang mana. Yang penting sediakan je la bajet ye tak?

Akhirnya tergoda juga dengan cincin H for “Hernee” ni ekekeke. Ehhh salah ni design H for Hermes. Sebagai tambahan reward diri, Ummi belikan diri sendiri cincin H ni. Gelang Babah dah sponsor cincin Ummi beli la sendiri ekekeke.

Emas Dubai

Bila Ummi belek-belek designnya terbukti lah Kedai Emas Miragold memiliki kepakaran tukang emas yang professional. Nampak kemas dan eksklusif emasnya tau.

Korang nak tempah ukiran nama pun boleh. Terus Ummi berangan nak ukir nama “Hernee” untuk pembelian akan datang. Ewahhhh ewahhhh kemain dia dah plan pembelian akan datang hehehe. Ya lah, Ummi rasa berbaloi. Ummi nak gali lagi kat rumah mana-mana cincin ke rantai yang lama tu nak tukar baru ecehhh. Sejak bila Ummi gila emas ni oiii.

Kalau korang nak tahu, design yang terpilih di Kedai Emas Miragold ni tak dikenakan upah tau. Jadi korang kenalah pilih design yang eksklusif dapatlah jimat kos upah di situ hehe.

Pengalaman “Trade In” & Beli Emas di Kedai Emas MiraGold Pasir Gudang

Kedai Emas Miragold menggunakan sistem nombor. Barulah nampak lebih bersistematik. Pelanggan tak perlu menunggu lama. Pelanggan ni kalau tunggu lama-lama pun bosan, tapi kannnn kannn kalau duduk dalam kedai emas ni tak bosan la boleh cuci mata puas-puas hehehe.

Bagi yang mendaftar ahli, korang berpeluang mendapat harga istimewa dan pelbagai hadiah menarik. Kumpul 25,000 point dan berpeluang menebus “Gold Bar” 999.99 secara PERCUMA!

Ok Ummi sudah fening. Lagi lama Ummi dalam ni lagi banyak Ummi beli nanti.

Thanks kepada staff Kedai Emas Miragold terutamanya kepada Wana kerana sudi melayan kerenah akak. Korang memang best! Pandai susun ayat manis-manis bagi akak tergoda hehehe. Insha Allah ada rezeki akak datang sana lagi. Korang jangan lupa try cuci mata kat sini tau.

Info lanjut atau sebarang promosi boleh rujuk social media Kedai Emas MiraGold di link di bawah ya.

Ingat Emas, Ingat MIRAGOLD!

KEDAI EMAS MIRAGOLD PASIR GUDANG

~ Pakar Emas Idaman Wanita ~

Alamat:
Kedai Emas Miragold
No 17A & 178, Jalan Ekoperniagaan 7, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Waktu Operasi:  10:00AM – 9:00PM

No Telefon: 07-255 3855 / +6011-10516455

Email: miragold.gcommerce@gmail.com

Telegram Miragold
https://t.me/KEMIRAGOLD

Facebook: Miragold
Instagram: @emasmiragold
Tiktok: Miragold Sdn Bhd

Baca juga: Impiana Hotel Senai Launches Rewards App & Unveils Vision to Be an Everyday App for Everyone

Loading

Related Posts

12 thoughts on “Pengalaman “Trade In” & Beli Emas di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang

  1. Ehemmm! Sakan betul nihhh!! Bagus banyak penasihat emas.. Hahaahaa

    Saya pun masuk wishlist nak customized emas kat sini nanti.. Cantik cantiklah design..Geramm tengok… Lepasni saya cari emas kat situ aje

  2. Mesti balik rumah tersengeh-sengeh ko kan hahahaha.. Ni dah ada barang emas lama ni gak korek-korek, ingat nak pi trade-in nanti hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!