

Makan-makan di Andak Station | Minggu lepas kami cuba port baru makan sambil lepak-lepak santai di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Ok memang santai, lebih lagi dapat makan menu kegemaran. Memang syiokkkk.
























Yok korang pekena menu sedap-sedap di ANDAK STATION yang berkonsepkan “Food Court” dengan pelbagai pilihan makanan. Sekali cuba gerenti datang lagi!




Antara menu yang korang mesti cuba:
Mee Rebus Daging Tetel
Laksa Johor
Nasi Lemak Kukus ~ Ayam Goreng Mantol ~ Sambal Rare ~ Rendang Daging
Nasi Campur
Ala Carte ~ Makanan Ala Thai & Goreng-gorengan
Gerabak Along F&B ~ Sate Daging & Ayam, Otak-otak
Soto Mama ~ Soto Ayam, Soto Nasi, Meehoon Soto, Mee Soto
Hot Plate Sizzling ~ Sizzling Ayam, Sizzling Ayam + Sotong, Sizzling Ayam + Udang, Nasi Hot Plate
Nasi Ayam Mantap ~ Nasi Ayam Madu, Nasi Ayam Blackpepper & Nasi Ayam Sambal
Favourite Ummi? Semestinya Mee Rebus Daging Tetel, Laksa Johor dan Mee Hoon Soto. Sedap sangat rasanya ditekak Ummi ni. Ketiga-tiga kuah tu memang padu weh. Mee Rebus tu siap ada tepung krup krap memang syok le makan. Soto pun power, kuahnya pekat siap ada bergedil sedap!
Makanan lain pun sedap-sedap belaka weh. Korang kena cuba tau!




Ini geng baru Ummi. Suami-suami kami berkawan asbab dari kelab kereta, jadi kami pun jadi kawan juga lah. Alhamdulillah adik-adik ni semua sekepala dengan Ummi. Syok kami makan di Andak Station sambil berbual. Insha Allah panjang umur nak lepak-lepak sini lagi dengan geng Queen of Passat B7 ecehhhh.
ANDAK STATION
Alamat:
13556, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor.
https://maps.app.goo.gl/tv4wZvsJDTnWdzsR6
Waktu perniagaan: 11am – 12.30am
Facebook Page: ANDAK STATION
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSR1tun3w/
Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor


macam-macam menu ada kat sini, best betul.Nasib baik hari tu pegi berdua, kalau ramai mau penuh meja nak order
hahaha makin panjang la list ngoder..