So Many Things Happened Lately..

Anything About Me
So Many Things Happened Lately..

So Many Things Happened Lately.. | Alhamdulillah we are blessed by Allah in so many ways. Syukur alhamdulillah. May Allah protect and shower His countless blessing to my father and my family. May He gave us strength to face all the challenges.

Seperti yang Ummi kongsikan di media social banyak ujian yang kami terima lately. Alhamdulillah Allah masih sayang lalu Dia memberikan ujian buat kami sekeluarga. Ujian yang insha Allah masih mampu untuk kami harunginya. Allah tidak akan memberikan ujian di luar batas kemampuan hambaNya.

 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

(Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan & berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain)

آمِّينَ اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Alhamdulillah segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam. Pembedahan memotong kedua-dua belah kaki ayah saya berjalan dengan lancar dan selesai lebih kurang jam 10.40pm pada 21 Julai 2022. Terima kasih buat barisan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah & Team yang berusaha sehabis baik sepanjang proses pembedahan. Terima kasih juga buat para doktor dan jururawat Wad 4 Barat yang menjaga dan merawat ayah sepanjang 12 hari di HSA.

Terima kasih buat semua yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepada kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

So Many Things Happened Lately..

Semoga ayah terus tabah dengan ujian dari Allah. Semoga Allah memberi kesembuhan yang tiada sakit selepasnya. Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk menjaga ayah. Aamiin. Bermulalah rutin baru ayah, semoga ayah mampu menjalani kehidupan harian tanpa kedua-dua belah kaki. Insha Allah selagi hayat dikandung badan, kami anak-anak akan menjaga ayah sebaik mungkin. Semoga Allah satukan hati kami adik-beradik dan ibu tiri kami demi ayah tercinta.

So Many Things Happened Lately..

Alhamdulillah wa syukurillah. Masih mampu tersenyum walau dalam hati hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Doakan Ummi terus kuat dan sihat walafiat demi menjaga ayah dan anak-anak. Aamiin.

FOLLOW HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

4 thoughts on “So Many Things Happened Lately..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!