Happy Birthday Tok Ayah & Pak Long (10/10), Pok Teh 13/10

Happy Birthday Tok Ayah & Pak Long (10/10), Pok Teh 13/10

Seperti biasa setiap tahun, selagi hayat dikandung badan masakan Ummi boleh lupa hari kelahiran orang-orang kuat dalam keluarga kami. Semoga Pak Long, Pak Ngah (Tok Ayah) dan Pok Teh dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dikurniakan rezeki yang halal dan berpanjangan serta sentiasa dibawah rahmat Allah.

Perancangan awal kami nak buat sambutan hari lahir ketiga-tiga mereka pada petang Sabtu 10 Oktober di The Pines Residence Club House. Tapi apakan daya, kawasan rumah Tok Ayah ada kes positif COVID-19. Nasib baik kami dah batalkan dua hari lebih awal. Fuhhh.. seram betul. Dah dekat sangat dah tu. Insha Allah bila keadaan semua ok nanti kita potong kek sama-sama ya.

Gambar kenangan sebelum ditahan wad HSA

Doa kami sentiasa bersama Tok Ayah. Semoga terus sihat dan dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya. Kami semua sayang Tok Ayah!

p/s Late post.. draft dari 10 Oktober, tapi Ummi malas nak menaip. Jadi 15 Oktober 2020 baru Ummi scheduled kan entri ni muncul di blog hehehe.

 136 total views,  1 views today

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!