Home » Buka Puasa di Kome Thai Cafe Pekan Nenas

Buka Puasa di Kome Thai Cafe Pekan Nenas

Buka Puasa di Kome Thai Cafe Pekan Nenas | Buka puasa 8 Ramadan 1443H. Buka puasa di Kome Thai Cafe bersama Tok Ayah, Nenek, Mommy Ngah, Daddy Ngah, Mama Cu, Uncle Cu, Pok Teh & Family.

Untuk bulan Ramadan ni korang boleh order “Menu Set Iftar Ramadan”. Boleh juga order menu-menu lain. Macam-macam ada tau. Ada aneka nasi goreng, aneka mee, mee celup, aneka sup, aneka tomyam, kerabu mangga, phad thai, somtam goreng, somtam buah, pulut mangga dan banyak lagi. Yang penting Thai Iced Tea paduuu.

Menu berbuka puasa kami ~ Menu Set Iftar Ramadan (Set 8 pax – 2 set). Set menu ni ada Nasi putih, Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Siakap Stim, Udang Goreng Tepung, Tomyam, Sup Campur, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar, Kerabu Mangga dan Air Teh O Ais Laici. Tambahan somtam dan pulut mangga. Alhamdulillah sedap semuanya. Kami memang peminat menu-menu sedap di Kome Thai ni. Kerabu mangga tu mantap sekali hehehe. Ikan Siakap Tiga Rasa dan Ikan Siakap Stim pun sedap sangat. Sup campur tu ada babat sekali dalamnya tau.

Buka Puasa di Kome Thai Cafe Pekan Nenas

Thai Iced Tea terpadu sekali hehehe.

Alhamdulillah ada masa kita berbuka puasa sama-sama lagi ya.

Oh ya. Ruang Solat disediakan, jadi tak perlu bimbang solat terabai ok. Last but not least, jemput datang ke Kome Thai Cafe Pekan Nenas!

KOME THAI CAFE

No. G50 Jalan Perindustrian 8/1,
Taman Perindustrian Pekan Nenas, Pekan Sentral,
81500 Pekan Nenas, Pontian, Johor.

Waktu Operasi:
12pm – 11pm (hari biasa)
4pm – 10pm (bulan Ramadan)

Untuk info lanjut/ tempahan sila hubungi:
Farah | www.wasap.my/60137751833/komethaicafe

 1,439 total views,  1 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!