Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya | AmanSari Nusajaya kini kembali lagi dengan sajian menu berbuka puasa. Kalau sebelum ni Ummi pernah berbuka di sini dengan konsep buffet, tapi untuk tahun ini Amansari Hotel Nusajaya membuat sedikit kelainan dengan menyajikan set berbuka puasa dengan tema “Sedulang Sekawan” sentuhan air tangan Chef Zamani.

Apa tu “Sedulang Sekawan”? Set ini mengandungi tiga jenis pilihan menu yang bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramadan. Antara menu yang disajikan adalah Sedulang Sekawan – Nasi Ambeng, Sedulang Sekawan – Nasi Arab dan Sedulang Sekawan – Western.

Ketiga- tiga set ini disertakan dengan fresh orange (free flow), buah-buahan dan juga kurma dan kekacang.

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya

Sedulang Sekawan – Nasi Ambeng (4-6 pax)

Set nasi ambeng ni ada lebih kurang tujuh jenis lauk. Ada mee goreng, sambal goreng jawa, ikan berlado, rendang kambing, ayam salai masak ijo, ikan masin dan keropok. Kalau korang peminat nasi ambeng mesti cuba sebab tekak Ummi memang sedap lagi-lagi ayamnya tu. Terasa bau ayam yang disalai. Rendang kambing pun tak kurang hebatnya.

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya

Sedulang Sekawan – Nasi Arab (4-6 pax)

Set nasi Arab ada lima ketul gear box, roti pita, dua ketul ayam, sos harah dan salatah. Portion nasinya memang banyak weh. Sesuai sangat untuk dimakan oleh 4 hingga 6 orang. Ayam tu kan lembut gila tau. Sedap pulak tu, melekat kat tangan aroma perapannya. Gearbox tu favourite Abang Ilham.

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Sedulang Sekawan di AmanSari Hotel Nusajaya

Sedulang Sekawan – Western (4-6 pax)

Set western ni mengandungi nasi pilaf, lamb blackpepper, mongolian chicken, fish fillet in butter sauce, spaghetti aglio olio dan vege. Ummi suka ayam dan kambing tu. Sedap sangat. Memang sesuai la dimakan dengan nasi pilaf tu. Bila dah bergabung semuanya dalam mulut memang nikmat gitu.

Agak-agak korang berapakah harga set ni?

HARGA SET SEDULANG SEKAWAN
Hanya RM78 bersih

Ya, itulah harganya. Murah kan. Ini antara set Ramadan yang termurah di Johor Bahru. RM78 tu boleh makan untuk 4 hingga 6 orang.

Susunan kerusi dan meja untuk dua orang, empat orang dan berkumpulan.

Untuk korang yang berminat nak berbuka dengan set Sedulang Sekawan, korang dinasihatkan untuk booking 2 hari lebih awal ya. No tapau-tapau, semua dine-in. COntact nombor di bawah tu ya.

AMANSARI HOTEL NUSAJAYA

Alamat: Jalan Persiaran Nusa Puncak, Taman Nusa Puncak,
79200, Iskandar Puteri, Johor.

Facebook: AmanSari Hotel Nusajaya

Untuk tempahan, sila hubungi:
wa.link/61cx82 (Mr. Vijey)
wa.link/wdiwly (Ms. Nurul)
wa.link/6b1z4w (Mr. Azuandy)

atau email ke:  info.nj@amansarihotels.com

Booking Period: 28 Mac – 30 April 2022

Senarai Buffet Ramadan Sekitar Johor Bahru 2022

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *