CU Mart Kini di Buka di 68° Avenue Gelang Patah

CU Mart Kini di Buka di 68° Avenue Gelang Patah

CU Mart Kini di Buka di 68° Avenue Gelang Patah

CU Mart Kini di Buka di 68° Avenue Gelang Patah | Hai orang Gelang Patah, korang dah cuci mata ke kat CU Mart yang baru saja dibuka di 68° Avenue tu? 68° Avenue tu kawasan baru yang dibangunkan oleh UEM Sunrise di Gelang Patah ni. Kalau nak ke Lima Kedai tu memang nampaklah kawasan kedai-kedai baru kat situ. Ummi baru je pergi situ, itu pun sebab budak-budak ni dah meratib nak ke CU Mart. Hurmmm layankan je lah.

Sebut betul-betul ok.. C for See.. U for You.. bukan CU Makcu Pakcu.. hahaha. SEE YOU Mart bukan Cumat hehehe.

Masuk-masuk je dah disambut dengan ucapan “Annyeonghaseyo!” 안녕하세요. Wahhh fefeeling sampai Korea kejap hahaha. Perut Ummi masih kenyang jadi Ummi tak lah excited nak beli makanan sebenarnya. Saja la dapat layan bebudak ni sambil tinjau apa yang best kat CU Mart ni. Almaklumlah pertama kali ke Korea’s No.1 Convenience Store!

Ok masuk je sebelah kanan ada ruang makan untuk yang nak makan terus di situ.

Kaunter belah kiri ada tteokbokki, odeng, K-Cheezy Corn Sausage, cheezy sosiji, blackpepper sosiji, K-rispy Chikin dan banyak lagi authentic Korean food tak sempat belek hahaha. Next time datang lagi baru Ummi nak try.

Syok betul nampak botol gochujang tu. Senang nanti nak buat stok kat rumah hehehe. Ummi tangguhkan dulu pembelian sebab macam serabut nak cepat. Ummi tak suka beli barang rushing sangat tak syok. Nak kena belek-belek tu baru puas hati. Section ready to eat ni banyak makanan sedap hehehe ada kimbap, bimbimbap, dosirak etc.

Ais dalam cup tu kan buat kecur terbayang kimseri_eina punya IG posting, buka cup ada ais tuang air yang dia minum macam kat Korea hahaha. Jadi kecur pulak. Oleh sebab hari dah malam Ummi tahan dulu rasa nak cuba tu hahaha. Dalam chiller tu macam-macam ada, ada kimchi pancake, boneless Korean fried chicken, tteokbokki etc. Ehhhhh sabajap. Ko tunggu nanti Ummi borong hahaha.

Dah pegang dah ni Seoul Style Beef Bulgogi Dosirak tapi letak semula haha. Perut baru lepas makan Char Kuey Teow Warisan Istimewa Haji Gono, jadi takut membazir pulak. Nanti ada masa kita lunch kat sini dengan geng makan. Sambil Ummi belek-belek apa yang best bebudak tu dah sauk la apa yang diorang nak. Hurmmm kemain banyak juga diorang ‘cukai’ Ummi. Ehhhh orang pergi CU Mart nak beli Korean’s street food korang beli biskut coklat ni makanan made in Malaysia haha.

Puaslah hati dapat masuk CU Mart. Hurrmmmm habislah Ummi lepas ni. Kalau tak ajak ke Family Mart mesti diorang ajak ke CU Mart pulak. Yang penting kan kan Ummi nak try Toffee Latte. Ok “Nice To CU”. Kamsahamnida감사합니다 

Instagram: CU Malaysia

Baca juga: Family Mart Dah Bersepah Di Johor

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 Comments

  1. Kat JB ni dah banyak bukak, pun takde rasa nak pergi hahahaha FM pun lama tak pi ni huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *