Citarasa Ramadan Tanjong Puteri Golf Resort | Pelbagai juadah dan harga yang sangat berpatutan ditawarkan oleh Tanjung Puteri Golf Resort (TPGR) dengan mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan “Citarasa Ramadan” dari resipi turun temurun.
Bagi memberikan variasi pilihan kepada para pengunjung, pelbagai pilihan menu disediakan pada setiap minggu. Antara resipi yang bakal dikongsikan ialah Satay Daging dan Ayam, Daging Panggang, makanan laut, Shawarma, BBQ/ Teppanyaki Mongolia, Mee Soto, masakan panas dan kuih-muih tempatan yang menggamit kenangan akan masakan ibu di kampung halaman.
Lebih 100 jenis aneka juadah yang akan disajikan. Tarikan utama adalah Kambing Panggang yang diperap dengan 16 jenis herba dan rempah ratus selama 36 jam. Menghasilkan daging kambing yang lembut dan berjus semetinya mampu menambat selera ramai untuk menikmatinya.
Antara hidangan lain yang turut dihidangkan bagi mereka yang mementingkan kesihatan adalah pelbagai jenis ulaman tempatan dan pelbagai jenis sambal. Terutamanya Sambal Belacan Udang Kering Kota Tinggi yang pastinya memikat selera, selain banyak maklum balas positif dari pengunjung tentang keunikan rasanya.
Terdapat juga Char Kueh Teow, Roti Canai, Murtabak, Daging BBQ Makanan Laut dan juga BBQ Mongolia yang dimasak secara langsung oleh Chef terkemuka.
Hidangan manisan dan pencuci mulut seperti kuih Talam Ubi, Kole Kacang, Bingka Jagung, Kuiht Ketayap Seri Tanjong, Kek, Pie, Puding, Ais Kacang dan Ais Krim yang sentiasa menjadi kegemaran ramai juga ditawarkan di sini.
LUCKY DRAW setiap hari KHAMIS!!
Citarasa Ramadan Tanjong Puteri Golf Resort
Alamat:
Jalan Tanjong Puteri 1, Tanjong Puteri Resort 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Golfer’s Cafe
6 – 30 April 2022
6.30pm – 9.30pm
Dewasa – RM88
Kanak-kanak – RM44 (4-12 tahun)
07-259 6136 atau whatsapp 017-744 2711
Facebook: https://www.facebook.com/tanjongputerigolfresort
SENARAI BUFFET RAMADAN SEKITAR JOHOR BAHRU 2022
Ehhh muroh!!!!!
Terbaikkk nih!!!!
hahaha sedap awak makan ari tu?