Family Mart Dah Bersepah Di Johor

Family Mart Dah Bersepah Di Johor | Assalamu’alaikum. Sebut Family Mart mesti semua dah tahu kan apa dia. Bermula branch pertama Family Mart di Taman Sutera Utama, kini Family Mart boleh dikatakan dah bersepah di negeri Johor terutamanya Johor Bahru.

Ummi pun tak lepaskan peluang mencuba bulan lepas hehehe. Tapi Ummi ke Family Mart Nusa Bestari la paling dekat. Nak juga cuba Oden sebenar dari Family Mart. Nasib Mommy Ngah nak layan hehehe. Dapat semangkuk wah sedap juga. Hirup kuah tomyam panas-panas fuhhhh. Of course lah kalau nak puas hati ko buat sendiri lagi muai kata orang. Tapi sekali sekala cuba why not. Kami tapau je dengan askar-askar tak larat Ummi nak stay.

Paling Ummi rasa tak cukup satu dan termakan dua adalah Matcha Ice Cream. Ya ampun awat sedap sangat uii. Terus craving lagi nih hahaha.

Next, Ummi cuba Hanajuku Cheese. Makan sambil pejam mata. Nyumssss. Kenapa la sedap sangat.

The last one.. banana milk (banana uyu). Habis Ummi sedut hingga ke titisan terakhir hahaha.

Overall, Ummi sukalah dengan apa yang Ummi cuba di Family Mart. Ikut tekak Ummi la kan. Tekak korang Ummi mana tahu hehehe. Nanti nak ajak Babah dan The Ilhams cuba bento dan sushi memandangkan diorang dah jadi peminat sushi hehehe. Ok till then, silalah terjah Family Mart yang semakin tumbuh bagai cendawan di JB ni. Babai!

 813 total views,  3 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!