Lepak Santai di Kafe Neli by Nellysa Eco Spring Lab | Cerita mengopi selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Sis Lin di Bizmilla Ariz Hall, Eco Palladium. Ummi pergi memang dah hujung-hujung masa, nasib baiklah ada geng JDT Blogger Cik Nona ni. Ummi sesiap whatsapp dia masa kat rumah nak ajak saing hehehe. Eh cerita pergi wedding tu terskip masuk cerita ni terus hahaha.
Lepas pusing-pusing bangungan Eco Palladium sambil posing-posing berdua Nona, Ummi ajak Nona mengopi kat Kafe Neli by Nellysa. Dah lama sangat Ummi teringin nak ke sini. Nak cuba makanan yang ada dijual kat sini dan nak cuba kopi dari Kembara Kopi.
Akhirnya dapat juga merasa kopi @kembarakopi.my hehe. Ummi order Iced Caramel Latte, Cik Non order Hot Rose Latte. Ok sedappp!!
Banyak pilihan makanan dari pelbagai vendors. Walaupun dah kenyang tetap nak rasa mentai dari @letupsslicious.hq dan takoyaki @zainah.izznadi. Ok sedap mentainya tu. Takoyaki pun not bad. Makan share je dengan Nona sebabdah kekenyangan. Kalau ikutkan nafsu makan rasa semua Ummi nak mencuba haha.
Lepak Santai di Kafe Neli by Nellysa Eco Spring Lab
Kemain bahagia rasa tekak dapat sedut Iced Caramel Latte tu. Sempatlah berborak kosong dengan Nona. Anak-anak mana? Ooooo diorang memang tak ikut. Dah cakap dengan Babah, Ummi nak “me time” hahaha. Sepatutnya selepas ke sini Ummi nak mengopi dengan geng BFF UiTM Melaka kat Richiamo Coffe, Pulai Indah. Tapi terpaksa dibatalkan sebab tak cukup quorum. Kalau takat berdua je tak puas nak menjemah hahaha. Jadi nak mengubat kekecewaan tak dapat mengopi di Richiamo Coffee, Ummi ajak la Nona mengopi kat sini. Ehhhh belit-belitlah cerita hahaha.
Lepas makan kami plan nak posing-posing kat area Eco Spring Lab tu. Sebelum tu Ummi tapau Laksa Penang, Nasi Sambal Jawa dan Mee Hoon Sup Utara untuk hero-hero yang ditinggalkan.
Alhamdulillah sedap semuanya. Recommended! Korang nak makan dalam cafe boleh nak lepak kat luar cafe pun boleh ada meja-meja kat luar cafe tu. Set meja pink tu macam nak angkut bawa balik je rasanya hahaha.
First time ke sini tahun 2019 masa event Roadtour bersama Honda. View sini cantik tau memang instagrammable. Korang yang suka berOOTD tu boleh la santai-santai kat sini lepak makan-makan, posing-posing. Sebelah belakang ada taman nak beriadah. Next post Ummi share lah ada sikit gambar yang Ummi dan Nona sempat posing-posing. Stay tuned!
NELI BY NELLYSA
One Stop Online Food Vendor
Unit SL017, Spring Lab, Lot N, Jalan Ekoflora Utama, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor.
[Waze] NELI atau [Google] Neli By Nellysa
Selasa – Ahad 10AM – 6.30PM
Tutup setiap hari ISNIN
Phone: 017-706 6961
Baca juga: Nasi Goreng Seafood Teppanyaki Mana Cafe Puteri Harbour
Cantik kan kat situuuu.
Akak suka Richiamo lagi sebab dia hidang kopi dalam cup siap latte art, baru boleh layan perasaan have2 😅😅😅 konon laaaa.. hahaha
hahaha aduhaiii bila nak sampai richiamo ni. area puteri harbour pun bakal dibuka tu kak seri hehehe.. kami gi yang sini jek lah..
Salam kak. Boleh saya tahu ada entrance fee ke kalau nak masuk spring lab tu?
masuk je tak payah bayar dik.
tak de dik. masuk je terus. ada cafe2, ada taman blh lepak n OOTD.