The Ilhams di Friendship Fest Legoland Malaysia Resort

Leisure

The Ilhams di Friendship Fest Legoland Malaysia Resort | Alhamdulillah sebelum anak-anak berkhatan cuti sekolah nanti dapat juga Ummi bawa diorang berhibur dulu di Legoland Malaysia Resort. Dapatlah menghilangkan gemuruh tu kan. Eh yang sebenarnya anak-anak relax je Ummi dia yang gemuruh lebih hahaha. Ummi bukan bawak The Ilhams tiga beradik je, Ummi ajak makcik-makcik diorang, Mommy Ngah dan Mak Wee sekali. Jom tengok apa yang kami buat di Legoland.

Sempena Friendship Fest di LEGOLAND® Malaysia Resort bertemakan “Largest Fun, Built on Friendship”. Friendship Fest berlangsung dari 3 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022 banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan tau. Untuk pemegang pass tahunan (Legoland Annual Pass), memang rugi kalau korang tak ke Legoland time ni. Kalau korang tak ada annual pass pun ada promo sempena Friendship Fest ni. Penjimatan sehingga 25% dengan syarat korang kena book 3 hari lebih awal.

Aktiviti yang korang disediakan antaranya:

LEGO Friends LIVE!

Meet and Greet with LEGO® Friends TV show with its main characters – Mia, Emma, Olivia, Andrea, Stephanie.

Andrea’s Karaoke booth.

Mia’s Stables

Stephanie’s Shoot and Score.

Advent Calendar Draw bagi pembelian melebihi RM50 di LEGOLAND Retail Store.

LEGO Friends Xmas Special.

Emma’s Expressive Art Class.

Stephanie’s Stepathon.

Olivia’s Mad Science.

Friends Fun Find.

Fireworks Extravaganza, 8.00pm – 31 December 2021

Farewell Show.

Korang berpeluang mendapatkan DOTS bracelet secara PERCUMA di DOTS cart dengan pembelian LEGO Friends or LEGO DOTS playsets bernilai RM149 ke atas.

Gigih Ummi layan diorang punya DOTS bracelet.

Sporting sangat budak cenonit ni, redha je kena kerah bergambar hahaha.

Syahid posing di Mia’s Stables. Masa ni diorang tak habis lagi meronda theme park.

Bila diorang sampai je sempat la posing sama kat Mia’s Stables.

Night view sebelum kami ke Bricks Family Restaurant untuk dinner. Untuk pengetahuan korang, sepanjang tempoh Friendship Fest, waktu operasi Legoland Malaysia Resort telah dianjakkan sehingga jam 8 malam. Jadi korang masih sempat lagi la nak ronda theme park walaupun hari dah gelap. Jangan lupa book tiket awal, seawal 3 hari untuk mendapatkan diskaun 25%. Enjoy di Legoland ok! Babai!

One for the memory, Ummi, Syahid and JDT Bloggers.

Jom baca: Building Lasting Memories and Awesome Friendships at LEGOLAND® Malaysia Resort

Info lanjut di website Legoland

Facebook: LEGOLAND Malaysia

Instagram: @legolandmalaysia

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!