Review Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb)

Mencuba Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb)

Review Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb) | Cerita minggu lepas. Selama diorang duk cerita pasal minuman bubble bee ni Ummi tak ambil port langsung. Tak lah rasa excited gila nak cuba. Kebetulan masa Ummi Work From Hotel di Fraser Place Puteri Harbour, Mama Cu bagitahu yang dia tengah beratur nak beli bubble bee. Itu yang Ummi selit 3 cup untuk kawan-kawan Ummi sekali hehe.

Ummi dengar orang beratur panjang masa opening Bubble Bee Anjung pun Ummi dah rasa erkkkkkkk tak kuasa mak. Lagilah Ummi sendiri nak beratur. Memang tak lah hehehe. Ok jom baca review Ummi setelah makan ke minum secawan Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb).

Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb) Sedap Ke Tak?

Sejujurnya, tekak Ummi rasa sedap la Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb) ni. Tak terlalu manis, tapi bila dah tergigit honey comb tu memang manis dia melekat kat tekak hehehe. Makan masa cornflakes tu tengah rangup memang sedap.

Dari pregnantkan Syahid memang teringin nak makan honey comb tu dek terpengaruh dengan video-video review makan honey comb hahaha. Oooo gitu rupanya rasa dia hahaha.

Mencuba Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb)

Kemain syok makan sambil buat kerja uii. Banyak je pilihan minuman lain tapi Ummi memang terpanggil nak cuba yang ni.

Sempatlah Ummi ko snap sana sini kan. hahahaha. Nak tunggu habis snap gambar boleh jadi cair ui hahaha. Over sangat!

bubble bee anjung iskandar puteri

Dah hujung-hujung baru teringat nak selfie bersama cup bubble bee kahkahkah. Memang sedap, cuma untuk Ummi repeat berkali-kali tu tak mungkin la kot. Sedap ya sedap tapi tak lah mencari sangat. Dah rasa ni ok la. Harga sebekas RM14.75. Kalau anak ramai memang tak mampu nak belikan sorang secawan hahaha. Bukan tak mampu la tapi tak worth it la kan. Better buat sendiri kat rumah. Beli aiskrim vanilla, corn flakes dan letak madu. Rasanya sama je lebih kurang. Itulah review jujur Ummi. Tapi kalau ada yang nak belanja Ummi bedal je ekekeke. Korang yang malas nak beratur panjang tu order je thru Foodpanda. Yang rajin nak beratur panjang, boleh la ke Bubble Bee Anjung Iskandar Puteri atau cawangan-cawangan lain ya. Stay safe uolls!

BUBBLE BEE ANJUNG ISKANDAR PUTERI, JOHOR

LOT R38B, ANJUNG NEIGHBOURHOOD CENTRE 5, PERSIARAN LEDANG HEIGHT, 79250 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.

  017-9656021

  10.00 am – 10.00 pm

Website: Bubble Bee Malaysia

Review Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb)

 1,242 total views,  13 views today

9 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!