Cara Memohon i-Sinar Online

Info Sharing

Cara Memohon i-Sinar Online | Bermula 21 Disember 2020, korang semua boleh membuat permohonan i-Sinar secara atas talian di website yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP.

Alhamdulillah Ummi dah memohon dan mencuba nasib. Permohonan sedang diproses dan jawapannya akan di ketahui pada 4 Januari 2021 sama ada lulus atau tidak.

Ummi sertakan di bawah panduan lengkap permohonan i-Sinar, langkah demi langkah. Tak susah mana pun hanya perlu masukkan maklumat-maklumat pemohon dan maklumat pembayaran.

Cara Memohon i-Sinar Online

cara memohon i-sinar online

Langkah 1 – Layari isinar.kwsp.gov.my

cara memohon i-sinar online

Langkah 2 – Isikan Nombor MyKad/ MyPR dan nombor telefon bimbit. Sila pastikan nombor MyKad/ MyPR anda adalah betul dan nombor telefon bimbit anda adalah betul. Tekan TERUSKAN.

cara memohon i-sinar online

Langkah 3 – Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan.

cara memohon i-sinar online

Langkah 4 – Tetapkan amaun pilihan.

 i-sinar online

Langkah 5 – Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan TERUSKAN.

Langkah 6 – Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.

Langkah 7 – Lengkapkan Maklumat Pembayaran. Isikan Nama Bank Pemohon dan Nombor Akaun Bank. Pastikan akaun bank adalah milik pemohon, masih AKTIF dan bukan akaun bank bersama (joint account) dan TERUSKAN.

Langkah 8 – Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✔️ sebelum tekan HANTAR.

Langkah 9 – Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Langkah 10 – Boleh muat turun atau cetak permohonan yang telah dibuat. Siap!

Baca juga: i-Sinar KWSP Pengeluaran 10% daripada Akaun 1

Korang boleh mula menyemak status permohonan bermula 4 Januari 2021 nanti ya. Peringatan untuk yang memohon dan juga untuk diri sendiri. Gunakanlah duit KWSP yang korang dapat nanti secara berhemah ya. Pastikan duit tersebut tidak disalah gunakan.

Sepanjang proses memohon tu si ELYA penasihat online KWSP memang akan kerap muncul, lalu menpsycho pemohon dengan ayat-ayat makan dalam hehehe. Untuk yang bertekad nak memohon teruskan je. Elya bagi nasihat untuk masa depan. Sila jangan sentap dengan Elya ya. Dia cuma risau tu kita salah guna duit yang ada ekekeke.

Oklah, good luck uolls. Jangan lupa belanja Ummi kalau duit i-Sinar dah keluar.. ehhhhh! :p

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Cara Memohon i-Sinar Online

  1. Sian kita nak mohon tapi takde acc kwsp hahahaha.. makanya kita nak ngendeng sapa la ni ekkkkk…
    Hai Hernee cayang…*ayat ngendeng…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!