Lunch di SDS Bakery & Cafe AEON Bukit Indah

Cerita minggu lepas. Lunch di SDS Bakery & Cafe AEON Bukit Indah bersama Geng Gemok Cari Makan hahaha. Sebenarnya bingung nak makan kat mana. Akhirnya, kami pilih SDS. Ikutkan Ummi jarang makan di SDS ni. Baru dalam dua tiga kali la. Walaupun jarang makan, tapi Ummi dah ada favourite food kat sini hehe.

Jom tengok apa kami order.

Menu Sedap di SDS Bakery & Cafe AEON Bukit Indah

SDS Bakery & Cafe

Pilihan Ummi, tak lain tak bukan adalah Seafood Marinara. Entah kenapa memang suka sangat makan menu ni. Jadi jarang order menu lain. Tekak Ummi memang rasa sedap je hehehe. Ummi suka seafoodnya yang fresh tu. Kupang besar-besar saiznya. Ehhhh, lapar pulak membayangkan hehe.

SDS Bakery & Cafe

Minuman kegemaran Ummi pula, Chocolate Ice Blended. Yummeeehhh! Sejuk tekak. Chocolate ice blended ni pun memang kat mana pun jadi favourite drink Ummi tau. Suka bebenor gamaknya.

SDS Bakery & Cafe

Kak Leen pula makan, salad, mixed potato mushroom, garlic bread, fried egg and chicken bolognese. Not bad. Sedap juga. Portion besar boleh kongsi makan dua orang untuk kanak-kanak.

SDS Bakery & Cafe

Tomyam with White Rice ni pilihan Yap. Dia kata sedap. Mamat ni kat mana pun pergi tak habis-habis dengan tomyam dia. Mungkin jodoh beliau dengan orang Thailand nanti hahaha.

SDS Bakery & Cafe

Menu tambahan, SDS Oppa Korean Fried Chicken. Ummi pilih yang spicy. Not bad. Sedap jugalah. Kekonon 6 pcs bagi sorang dua, selagi Yap tak nak. Terpaksalah Ummi dan Kak Leen habiskan.

Itulah cerita lunch kami di SDS Bakery & Cafe AEON Bukit Indah. Kalau tak ke sini konfem dah sangkut makan steamboat Johnny’s hehe. Ok itulah cerita makan-makan.

Lepas makan, ronda-ronda AEON sekejap. Hajat hati nak cari seluar kerja, tapi masa tak mengizinkan. Ikutlah pak endek ni mencari seluar di butik Levi’s kejap. Sebelum balik tu sempatlah Ummi tapau sushi dan blueberry cheese tart di AEON.

Siap je berdezup balik office. Kerja woi kerja! hehehe. Oklah nanti Ummi sambung bebel lagi. Nak bebel panjang-panjang masa tak mengizinkan. Homework anak-anak tak siap lagi. Babai!

 610 total views,  1 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!