Deepavali Ride – My First 20KM :p

Deepavali Ride – My First 20KM | Ecehhhhh. Tajuk beriya sangat kau punya ride. Mengayuh sebulan sekali pun nak kecoh la Ummi ni. Babah kayuh tetiap minggu kot hahaha. Alhamdulillah ada juga lah exercise dari tercongok kat rumah di hari Deepavali. Babah dah mengayuh ke Forest City pagi, jadi petang turn Ummi untuk mengayuh dengan Nenek, Mommy Ngah, Acu Yot dan Epet. Babah jaga anak-anak kat rumah. Thanks ya Babah.

Bila Mommy kata nak ajak mengayuh sampai ke Pendas Laut, rasa agak berat hati hahaha. Padahal berat badan yang jadi isu tu. Bila Nenek pun nak join, ehhhh semangat pulak rasa. Kira team ride anak beranak la ni hahaha. Kayuh leha-leha je wak. Bukan nak berlumba hahaha.

Yot pun join sekali. Yot ni adik BFF Ummi.

Kami bawa sorang body guard tau, si Epet. Body guard 12 tahun hehe. Steady je layan makcik-makcik. Makcik-makcik ni semput macam nak seret kaki atas tar hahaha. Dah half way tu rasa ya ampun pengsan nak patah balik.

Alhamdulillah, i did it! hahaha Poyo! Mommy Ngah dah biasa dah kayuh jauh-jauh. Ummi idok le jauh mana pun sebelum ni. Nenek lagi lah, first time kayuh terus 20km hahaha.

Masa posing kemain senyum. Bayangkan nak patah balik boleh meraung hahaha. Sampai rumah gigil kaki wooooo. Kena gelak je dengan Babah. Babah kata baru 20km, relax la. Erkkkkkk.. 20km pada Ummi jauh benor. Pada Babah dekat je.. aje pitam uiii.

Esoknya Ummi tak join sebab sakit kaki kahkahkah. Plan asal nak ke Forest City, tapi hujan diorang ronda area kampung je. Insha Allah ada kesempatan join lagi. Syukur jari dah kurus! :p

 265 total views,  26 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!