Cara Menyediakan Longan 14Kampung Instant Pack Keluaran Empayar 14Kampung

Cara Menyediakan Longan 14Kampung Instant Pack Keluaran Empayar 14Kampung| Cerita hujung minggu. Sambil-sambil lipat baju yang tak siap-siap tu, sempat juga Ummi menjerang air untuk buat homemade air longan hehe. Peminat air longan lah katakan. Sejak dah berkenalan dengan air longan dan air cikong dari Empayar 14Kampung ni, Ummi rasa ketagih nak minum air longan ni tau.

Korang yang suka minum longan mesti cuba air longan dan air cikong keluaran Empayar14Kampung ni tau. Dah berbotol-botol Ummi beli. Sampai tahap buat air longan sendiri ni ha guna Longan 14Kampung Instant Pack. Nyaman je lalu ditekak. Jom tengok bahan-bahan yang disediakan.

Empat bahan utama yang terdapat dalam satu pek Longan 14Kampung Instant Pack. Baca ikut lawan arah jam ya.. gula merah, gula batu, gula kundur, longan kering. Air longan ni orang cina panggil Lau Han Kuo. Bagus tau banyak khasiatnya. Senang sangat nak buat air longan ni. Hanya ikuti empat langkah yang disertakan dalam setiap pek.

VIDEO CARA MENYEDIAKAN AIR LONGAN SEDAP MENGGUNAKAN LONGAN 14KAMPUNG KELUARAN EMPAYAR 14KAMPUNG

CARA MENYEDIAKAN AIR LONGAN 14KAMPUNG DENGAN 4 LANGKAH MUDAH

Langkah 1 – Didihkan 1.5 liter air, kemudian masukkan semua bahan serta 3 helai daun pandan.

Langkah 2 – Tunggu sehingga air mendidih dan gula larut.
Cadangan: Boleh ditambah gula mengikut citarasa manis yang disukai.

Disclaimer: Itu daun pandan bukan bunjut sihir tau ekekekeke.

Langkah 3 – Sejukkan air yang telah siap dimasak ke dalam peti ais untuk disejukkan.

Langkah 4 – Setelah disejukkan, siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.
Cadangan: Masukkan ais ke dalam setiap gelas hidangan.

Senang cerita ikut suka koranglah nak bagaikan macamana pun. Nak minum panas atau suam pun sedap. Kalau Ummi, memang suka yang sejuk. Jadi Ummi tambahlah ais atau paling best, Ummi bekukan dalam freezer. Adomakkkk sedap dia sampai terbayang-bayang lalu kat tekak. Memang cukup rasa.

PRODUK KELUARAN EMPAYAR 14KAMPUNG

Ini antara produk keluaran Empayar 14Kampung. Ada fresh and ready to drink longan dan cikong untuk korang yang nak minum terus. Selain Longan 14Kampung Instant Pack ada satu lagi Cikong 14Kampung Instant Pack. Beli dan masak sendiri di rumah. Minum sampai lebam hehehe.

Ini fresh cikong (ready to drink) yang Ummi beli di kala panas terik mentari. Sambil alih pasu bunga, belek-belek pokok bunga sambil hirup air cikong sejuk. Ohhhhh nyaman sekali. Jangan bayangkan tau nanti korang kecur.

HARGA PRODUK KELUARAN EMPAYAR 14KAMPUNG

Air Longan (ready to drink) – RM3.50
**Beli 3 botol RM10

Air Cikong (ready to drink) – RM5

Longan 14Kampung Instant Pack – RM11

Cikong 14Kampung Instant Pack – RM15

Kalau korang nak beli air longan atau air cikong fresh atau instant pack ni boleh whatsapp nombor dibawah ni ya:

www.wasap.my/60177546126/HNempayar14kampung

Facebook – https://www.facebook.com/Empayar14Kampung

Instagram – https://www.instagram.com/empayar14kampung/

 325 total views,  4 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!