
Dimsum Lunch Buffet di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru | Minggu lepas Ummi berkesempatan menikmati dimsum yang super delicious di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Hotel Johor Bahru, Johor. Dah lama tak makan dimsum. Fuhhhh, memang puas hati dapat menikmati makanan kegemaran Ummi.

Menu Dimsum Lunch Buffet di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Hotel Johor Bahru

Antara menu yang menawan tekak Ummi: Har Kau
Siew Mai
Scallop Dumpling
Taro Bun
Chicken Feet
Prawn Dumpling
Taro Croquettes
Shanghai Dumpling
Fried Beancurd
Pumpkin Porridge
Semeja penuh, sampai rambang mata nak makan yang mana dulu.

Taro Bun

Har Kau

Chicken Feet

Scallop Dumpling

Siew Mai


Fried Beancurd

Taro Croquettes

Pumpkin Porridge

Shanghai Dumpling

Hanya RM64.15 dengan lebih 18 pilihan. Makan sampai kenyang. Kalau nak kata mana paling sedap? Ummi rasa semua sedap! Serius! Dengan udang yang fresh. Bila makan tu rasa huwaaaaaa kunyah sambil pejam mata menikmati kesedapannya. Scallop Dumpling tu aduhhhhhhhh terbayang ui lalu kat tekak. Oleh kerana buffet style, jadi korang makanlah berapa banyak pun korang nak makan. Memang berbaloi-baloi.
Sepanjang PKPB ni korang masih lagi boleh menikmati dimsum lunch buffet ni di Wan Li Restaurant. Cuma korang kena patuhi SOP lah. Pihak restoran pun memang mematuhi SOP. Untuk meja besar macam kami makan ni, hanya dibenarkan empat orang saja dalam satu masa. Untuk meja kecil hanya dibenarkan dua orang saja menikmati menu sedap di sini.

Waktu Operasi Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Hotel Johor Bahru
Makan Tengahari
Isnin – Ahad: 11.30am – 3.00pm
Makan Malam
Isnin – Ahad: 6.30am – 10.00pm
Alamat:
2 Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, 81750, Johor
Untuk tempahan
atau
hubungi +6073813388
atau WhatsApp ke
https://wa.me/60187800787
Jangan lupa patuhi SOP ya.
Ingat Ummi di setiap suapanmu. Lapar pula bila ingaykan dimsum yang sedap tu. Siapa nak belanja Ummi sila whatsapp ya hehe.
rasa macam nak repeat lagi jer..dimsum nya mmg jenis premium..haha
tengok gambo je lapo dimsum..