The Stick’s Station Taman Nusa Perintis Gelang Patah

The Stick’s Station Taman Nusa Perintis 4 Gelang Patah | Ini kali kedua Ummi makan sticks goreng di The Stick’s Station, Taman Nusa Perintis 4. Kiranya dia samalah macam lok-lok cuma kat sini diorang panggil sticks bergoreng. Sebelum ni Mama Cu tapau bagi kami. Bila dah rasa sekali eh sedaplah. Tak payah nak cari jauh-jauh.

Banyak pilihannya. Setiap satu cucuk berharga RM1. Dicelup tepung dan digoreng panas-panas. Nak pedas atau biasa boleh request. Nak cheese atau tak nak pun boleh request. Pilihan sos ada sos cili, sos thai, sos blackpepper, mayo cheese dan thousand island sauce. Suka hatilah nak sos apa pun.

Haaaa hambik. 30 cucuk Ummi pilih hehehe. Malas nak huru hara makan kat situ, jadi kami tapau je makan di rumah. Sedap garing-garing kena pula dengan sosnya.

Kalau korang nak mencuba, boleh lah ke The Stick’s Station, Warung Hujung Jalan. Ada juga menu-menu lain makanan dan minuman. Beraneka menu goreng-goreng yang korang boleh cuba di sini. Boleh rujuk lokasi di bawah ni ya.

FACEBOOK THE STICK’s STATION

(Warung Hujung Jalan)

Alamat:

Warung Hujung Jalan
Jalan Nusa Perintis 4/2,
Taman Nusa Perintis,
81560 Gelang Patah,
Johor.

Waktu perniagaan:
6 petang – 11 malam

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
http://www.wasap.my/601111621612/stickstation

 296 total views,  4 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!