Makan Malam di Restoran Me’nate Steak Hub Johor Bahru

Foods Review

Makan Malam di Restoran Me’nate Steak Hub Johor Bahru | Cerita di hari ulangtahun perkahwinan ke 12 Ummi dan Babah. Cerita staycation di Forest City Marina Hotel menyusul nanti, kita cerita dinner dulu la ya hehe. Kami checkout dari Forest City Marina Hotel lebih kurang jam 12pm.

Sebelum balik ke rumah yang jauhhhhhhhhh sangat tu, sempatlah isi perut di Marrybrown Forest City sambil ronda-ronda kejap. Hajat hati nak singgah Forest City Eco Museum yang baru tu, tapi dibatalkan. Lain kali la pergi bukan jauh pun. Selesai makan terus balik ke rumah berehat sekejap, dan petang baru keluar semula ke Me’nate Steak Hub, Johor Bahru. Lama dah Ummi plan nak makan kat sini masa anniversary hehehe. Sekali sekala kan, boleh la reward satu family makan sedap. Kalau nak selalu kopak juga hehe. Puas juga fikir menu apa yang sesuai dengan anak-anak.

Wefie Babah dan Ilham Syamil si pipi lekuk.

Turn Ummi, Ilham Syahmi dan Ilham Syahid yang syok tidur. Penat sangat dari siang aktif semacam.

Sebelum memilih menu, kenalah ke Fresh Meat Section untuk pilih daging jenis apa. Haaaa boleh gitu ayat Ummi ko. Plan Ummi memang nak makan steak. So waitress kata kalau order dua jenis steak, free air refill sampai lebam. Ummi serahkan kat Babah la memilih, dan dia pilih lamb dan beef rib.

Makan Malam di Restoran Me’nate Steak Hub Johor Bahru

Hot Cappucino for Babah.

Nachos BBQ Beef. Sedap uolls. Kata Abang Ilham, macamana Ummi boleh tahu makanan ni sedap eh? hahaha. Susah pula Ummi nak menjawab.

Hawaiian Pizza. Requested by Syamil. Dia kata dia nak makan pizza je.

Thermidor Lobster. Hurmmm agak-agak siapa yang request lobster ni? Tak lain tak bukan, Abang Ilham. As recommended by the waitress, Ummi pilih Thermidor Lobster ada side dish french fries dan atasnya tu ditaburi cheese. Sedap!

Lamb Loin with sauteed vegetables and creamy mashed potato. Sedap yang amat. Waitress recommend untuk dimasak secara “medium well done”. Sos pilihan Ummi, garlic sauce dan blackpepper sauce.

Angus Beef Rib. Masya Allah sedap. Serious daging lembut dan sedap gila perapan dia tu. Ada salad dan curly fries.

Tengok hero-hero kecil Ummi makan. Memasing macam makan kat rumah sendiri hahaha. Abang Ilham tu, kemain kokang lobster hahaha. Gasak la nak. Janji tak membazir, makan sampai licin lagi Ummi suka. Syahid bangun-bangun terus bedal curly fries.

Alhamdulillah, kenyang kami anak beranak. Abang Ilham kata esok boleh tak nak datang lagi? Gulp!!! Tercekik tulang lembu Ummi dengar permintaan dia hahaha. Sekali sekala boleh la makan kat sini bang. Kalau selalu pepaham je la hehehe. Tekak Ummi awak ni pun kekadang boleh tahan demand dia hahaha.

Sebelum balik, Hawaiian pizza dan french fries tu ada baki lagi jadi Ummi suruh waiter tapaukan hehe. Settled nak memikir breakfast nak ke sekolah nanti hahaha. Kalau korang teringin nak merasa steak dari Me’nate, bolehlah ke Me’nate Steak Hub Johor Bahru ya. Alamat ada di bawah tu beserta nombor untuk buat reservation atau pun delivery. Ummi tak buat reservation pun, main terjah je. Nak request untuk anniversary punya celebration pun Ummi batalkan. Masa kami datang pun orang tak lah ramai sangat macam masa awal-awal dibuka. Ok uolls, selamat mencuba!

FACEBOOK – Me’nate Steak Hub Johor Bahru

Alamat:
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, Taman Tasek 80200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi:
11 pagi – 11 malam setiap hari.

Untuk tempahan, sila hubungi,
+607-2446767
atau
013-7510347

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Makan Malam di Restoran Me’nate Steak Hub Johor Bahru

  1. Samalah kita, si anak berjanji duk asyik nak ajak jee tapi tak sampai-sampai gakkk…ini kali besday nak juga pergi laaa sebab dah tak berapa ramai kann hehehehe…
    Makan gitu, xde le sampai seribu kannn hahahaha *ayat si bujang aku kalau pi makan penuh meja

    1. aah dah tak ramai macam awal-awal.. tak lah sampai ribu riban.. makan ikut poket sendiri la kan hahaha..lagi pun kami perut budak2 kecik je yg ramai hahaha

  2. kite yang duduk sekangkang kera dengan menate ni pun tak pegi pegi lagi makan kat sini..jahahaahaha.. tak tahu kenapaa .. mungkin tekak kitaa tekak harimauu..pilih menu yang have have je..hhaahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!