Birthday Celebration – Capt Akashah (14/9) & Capt Rahmat (29/9)

Birthday Celebration – Capt Akashah (14/9) & Capt Rahmat (29/9) | Sebenarnya ini adalah early celeberation yang kami buat untuk surprisekan big boss memandangkan hari kejadiaan beliau bercuti nak settlekan KWSP :p Kami plan secara senyap-senyap untuk buat surprise birthday party untuk dua orang boss sekaligus dah alang-alang lahir bulan yang sama.

Persediaan nak buat surprise, berbahagi tugas. Kak AIn, Yap, Capt. Rahman handle bab makanan, KFC dan Domino’s Pizza. Ummi, Kak Leen dan Wan Zul bab dekorasi. Nazam, Capt Azman dan Capt Rahmat (birthday boy lagi sorang.. eh boy ke?) handle Capt Akashah. Nampak tu props dah siap standby atas meja.

Kalau boss sakit jantung terkejut.. semuanya punca dari diorang berdua..

Ummi dan Kak Leen tukang spray je :p

Bukan senang nak sembur boss..setahun sekali jadi marilah kita sembur gurau-gurau :p

Lepas diorang habis sesi interview untuk pilot new intake, kami acah-acah ada staff bergaduh di Port Control Centre 7th Floor. Masalahnya plan nak ajak boss terus naik atas dari tingkat 1, tapi beliau nak singgah office tingkat 6 pula. Apa pun berjaya jugalah kami terkejutkan boss ‘opocot mak kau’ dengan letupan bom party popped dan amazing string spray. Mintak ampunlah boss.

Happy Birthday Capt. Akashah yang ke 50. Saja buat logo KWSP tu menandakan duit KWSP dah boleh keluar hahaha.

Happy birthday in advanced juga untuk Capt Rahmat, boss section Ummi pengganti Capt Hj Shaharuddin. Buat sekali harung je senang. Pasrah la memasing kena pakai spec tu hahaha. Nak marah mana boleh kan.

Kek Batik Melting dari The Maleeqa Kitchen dan 2 boxes Cheese Tart Murah dan Sedap dari Ovenlicious JB. Thanks to both baker, yang sudi layan order Ummi walaupun last minute. Memang betul-betul penyelamat ni tau. Yang penting rasa dua-dua tak mengecewakan. Deko atas cheese tart tu kami buat sendiri. Tambahan gambar CRT tu atas Kek Batik Melting.

Birthday decoration ni pun kami buat sendiri. Barang-brang semua beli di Mr. DIY.

Ini Yap tukang design, Kak Leen tukang laminate dan Ummi tukang gunting dan bubuh lidi.

Marine’s bosses. (Nazam, Capt. Akashah, Capt Rahmat & Capt Azman)

Alhamdulillah kenyang sepanjang hari. Sampai rasa nak tersandar dia punya kenyang haha. Settle surprise birthday party untuk incik boss. Tunggu birthday hujung tahun dan awal tahun kita prank besar-besaran. Mulai sekarang Ummi dah boleh simpan air ikan, buat telur tembelang untuk budak lahir hujung tahun tu hahaha. Kejam! Thanks semua yang terlibat menjayakan program kita hahaha. Ada celebration susulan. Next post ok. By the way, “Happy Birthday Capt Nazer” ( 21 September 2020). My ex-boss yang berpindah ke Penang Port dan sekarang dalam recovery process dari ujian kesihatan beberapa bulan lepas. Semalam sempat juga Ummi whatsapp beliau. Semoga Capt terus sihat seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan. Aaamiin.

 199 total views,  1 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!