Doodle Buat Izzat Dari Ilham Syahmi

Doodle Buat Izzat Dari Ilham Syahmi

“Ummi esok hari terakhir kawan Ilham, Izzat anak Cikgu Wan sekolah kat SKTD”

“Lah ye ke.. dia nak pindah ke?”

“Dia ikut ayah dia Cikgu Wan.. kena tukar sekolah baru. Ilham rasa nak bagi dia hadiah la sebab dia kawan baik Ilham. Ilham sedih dia nak pindah. Boleh tak Ummi belikan hadiah”.

Ligat otak Ummi berfikir hadiah apa nak diberi pada Izzat.

“Abang.. apa kata Ummi buat doodle untuk Izzat. Ummi ada stok frame tu, nanti Ummi masukkan dalam frame”.

“Boleh juga Ummi. Nanti Ummi buatkan eh. Esok Ilham nak bagi dia. Terima kasih Ummi tolong Ilham”.

Lepas Abang Ilham pergi ke sekolah agama maka lincah tangan Ummi mendoodle. Mula pukul 2 petang, siap dalam pukul 4 petang. Doodle simple je itu pun ambil masa lama. Almaklumlah, adik bongsu Abang Ilham ni pantang nampak Ummi duduk tekun buat kerja. Mulalah dia nak duduk atas riba.

Alhamdulillah, siap juga doodlenya. Itu je yang Ummi sempat buat. Mudah-mudahan Izzat suka dan hargai tanda persahabatan dari Ilham Syahmi.

“Jadilah sahabat yang selalu memberi tanpa mengingat dan selalu menerima tanpa melupakan”

 100 total views,  3 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!