DIY Pasu Bunga Dari Bekas Axion & Bekas Yogurt

DIY Pasu Bunga Dari Bekas Axion & Bekas Yogurt

DIY Pasu Bunga Dari Bekas Axion & Bekas Yogurt | Assalamu’alaikum. Saja nak berkongsi aktiviti Ummi di rumah. Bila dah duduk rumah lama sangat semua benda pun rasa nak dibuat. Sebelum ni Ummi memang recycle botol ESP Shaklee dan Performance Drink Shaklee untuk dijadikan pasu sayur-sayuran yang Ummi tanam. Just tebuk je lubang di bahagian bawah botolnya maka transformlah ia menjadi sebuah pasu hehehe.

Kali ni Ummi nak share, DIY pasu bunga dari bekas Axion terpakai dan juga bekas yogurt. Bila recycle bekas-bekas terpakai ni, dapatlah jimat kos Ummi nak membeli pasu warna putih hehehe. Selain minat dengan terracotta pots, Ummi juga suka dengan pasu berwarna putih hehe. Rasa sangat suci murni gitu hehe. Spray putih dah ada entah bila Babah nak transform pasu Ummi jadi warna putih entah.

Ok jomlah tengok projek kecil-kecilan pejam mata pun boleh buat dari Ummi Ilham’s Mini Garden.

DIY Pasu Bunga Dari Bekas Axion

Bekas Axion yang dah habis jangan dibuang uolls. Meh la kita jadikan dia pasu bunga untuk pepokok yang bersaiz comel.

Buang segala tok nenek sticker pada bekas axion. Buang ok nanti kantoi recycle hahaha. Kalau buang nampak la cantik sikitkan warna putih plain. Buat lubang cecomel di bahagian bawah bekas axion untuk pengaliran air.

Tutupnya tu jangan dibuang juga. Kita jadikan ia sebagai pelapik atau saucer.

Masukkan pokok kegemaran korang.. alang-alang korang tengah excited nak tanam indoor plants tu kan 🤭

🤭

Hasilnya Sansevieria Trifasciata ‘Hahnii’ kita dapat rumah baru. Ummi nak tambah seri, Ummi taburkan batu-batu hiasan comel atas permukaan tanah tu.. settled! duduk diam-diam atas rak ummi tu ya jangan naugthy hehe. So far alhamdulillah masih subur dan nampak ada daun-daun baru muncul.

DIY Pasu Bunga Dari Bekas Yogurt

Bekas yogurt ni Ummi simpan lepas masak Kuzi Kambing masa raya hari tu hehe. Memang niat nak jadikan pasu untuk biakkan pepokok yang sesuai.

Sama juga macam bekas Axion tadi, Ummi sesiap buang sticker semua dan lubangkan di bahagian bawah bekas yogurt. Penutupnya memang konfem jadi saucer tanpa diragui hehehe.

Fikir punya fikir apa yang nak dibiakkan ya. Ok Ummi rasa Monstera Adansonii sesuai untuk masuk dalam pot ni. Maka terhasillah pasu ini hehehe.

Ummi plan nak doodle atas permukaan kedua-dua bekas ni, tapi macam sayang warna putih tu. Hurmmmm tengoklah camana nanti. Kalau tak doodle, maybe Ummi lilit dengan tali putih yang deko punya tu. Kita tengok macamana nanti. Ok korang yang nak save bajet, meh la recycle bekas-bekas yang boleh di recycle untuk jadikannya sebagai pasu bunga. Selamat berjimat!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *