Resipi Lontong Goreng Mudah & Sedap

Resipi Lontong Goreng Mudah & Sedap | Assalamu’alaikum. Ini sebenarnya bukanlah menu pagi ni. Cuma asyik lupa je nak share hehehe. Menu Lontong Goreng cara Ummi Ilham. Menu ni selalu muncul bila hari raya. Saki baki nasi impit atau ketupat selain boleh buat soto boleh juga buat Lontong Goreng. Mesti uolls pun macam tu kan. Sayang membazir, baik difikirkan untuk masak apa buat sarapan keesokan harinya. Mak mertua Ummi pun suka buat Lontong Goreng macam ni.

Jom tengok resipi mudah, ringkas dan sedap.


RESIPI LONTONG GORENG


Bahan-bahan:

**Lada merah 1-2 tangkai
**Cili padi 1-2 tangkai (ikut kepedasan yang disukai)
**bawang besar 1 biji (saiz sederhana)
**bawang putih 3 ulas
**udang kering sebungkus kecil
nasi impit atau ketupat pitobg 4 segi comel (kuantiti ikut nak masak banyak mana)
udang atau sotong
carrot potong dadu l
kacang panjang 2-3 batang (potong kecil)
kobis (potong halus)
minyak masak
garam

*sayur-sayuran tu kuantiti ikut la nak banyak mana.. lagi banyak lagi sedap.. senang cerita pepandai la adjust bahan-bahan tu ya hehehe

Cara-cara:

Tumbuk bahan-bahan bertanda **. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan sotong.

Kemudian masukkan sayur-sayuran. Kacau rata. Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan nasi impit atau ketupat yang dah dipotong kecil. Biarkan seketika. Dah siapppppp!

Selamat menjamu selera.. dijamin sedap 😍 Ikut je gaya mana uolls suka untuk perencahnya. Ikut kreativiti kat dapur, pusing-pusing nama dia tetap lontong goreng hehehe.

Selamat mencuba!

 291 total views,  3 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!