Projek Kuih Raya 2020 | Resipi Popiah Nestum Sedap

Projek Kuih Raya 2020 | Resipi Popiah Nestum Sedap – Assalamu’alaikum. Ini projek tahunan The Ilhams at least kena ada sejenis kuih raya buatan sendiri setiap tahun. Diorang macam biasalah excited nak buat Cornflakes Madu tapi malangnya Ummi lupa suruh Babah beli bahan sebab Ummi fokus kat bahan Popiah Nestum je. Dari hari ke hari asyik tanya bila nak buat kuih raya, akhirnya malam tadi impian diorang jadi kenyataan walaupun Ummi jenuh nak tidurkan si kecil tu sampai tahap mata Ummi pun naik kelat. Jam menunjukkan jam 11 lebih, Ummi gagahkan juga sebab tak larat tengok sorang-sorang naik atas menuntut janji.

Kemain happy kan.. gelak sana sini.. bila Ummi tegur hasil gulungan tak kemas, terus nangis si baju peach tu kahkahkah

Alhamdulillah baru pass menggulung kulit popiah mereka dah menggelarkan diri mereka sebagai “master chef”. Semangat ni yang Ummi mahukan.. kahkahkah. Confident itu perlu anak-anak hahaha. Abdul Wahab dan Abdul Wahib excited nak buat popiah nestum. Buat makan anak beranak di hari raya. Esok nak buat cornflakes madu. Kalau tak buat nanti dorang kata Ummi mungkir janji. Si Abdul Wahib dah tidur. Kalau dia join mungkin dulang terlungkup kat lantai.. 😂 Beginilah rezeki dikelilingi anak teruna. Kecil lagi kita ajak buat kuih raya senang-senang. Besar sikit kita ajar masak lauk pauk harian. Nanti senang sikit Ummi boleh goyang kaki 🤭🤭

Jom lah tengok satu persatu resipi popia nestum yang sedap tu.


RESIPI POPIAH NESTUM SEDAP


Bahan untuk popiah nestum:

1 bungkus kulit popiah
1 cawan nestum, kisar halus
1 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus

**nestum & horlicks tu saja letak lebih

Bahan untuk gam:

2 sudu besar tepung
1/4 cawan air

Cara-cara:

1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.

2. Gulung kulit popiah, pastikan ada sedikit ruang di bahagian tengah. Anak teruna punya style gulung boleh lah lepaslah buat menantu 🤭🤭

3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung sebagai gam supaya gulungan kulit popiah melekat.
4. Ulang proses sehingga habis kulit popiah. 40 sheets je tapi nak habis tunggu habis gulung tu penuh pancaroba.

5. Gunting gulungan kulit popiah secara menyerong dalam jarak 1.5cm. Gaya guntingan dorang ikut kreativiti ada besar ada kecil.. who cares! 😂😂

Hoyeaahhhh siap juga.. walau kelat mata menunggu diorang gunting kulit popiah tu..

6. Goreng sehingga kekuningan.

Taraaaa dah siap angkat.

7. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks.

Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara. Siap untuk dimakan.

Akhirnya dimakan juga dek budak dua ketul ni hehe. Tapi siap goreng ada ke dia kata popiah ni macam rasa karipap kosong. Hurmmm suka hatilah nak oii. Settled sejenis kuih raya. Ikut Ummi malas nak buat kuih raya, raya kat rumah je kan. Takde orang datang punya. Ummi ada beli kerepek, kuih tart dan kuih makmur je. Ada dua jenis Zara bagi. Bila diorang ni bersunggub kesian pulak. Tu yang layan je. Oklah, korang dah banyak ke kuih raya? Ingat, makan kuih raya sendiri-sendiri anak beranak je tau. Jangan excited nak menziarah sanak saudara. Patuhi SOP KKM untuk kebaikan bersama. Stay at home, stay safe and let’s celebrate Hari Raya Aidilfitri!

15 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *