DDHN – Resipi Lempeng Batak

DDHN – Resipi Lempeng Batak | Assalamu’alaikum. Minta maaf ya kalau nama menu tu macam berunsurkan perkauman. Ummi pun tak tahu asal usul namanya dari mana. Memang itulah nama yang arwah emak beritahu dulu. Tak pastilah kalau korang panggil nama lain.

Lempeng ni memang selalu arwah emak Ummi masak untuk kami masa kecil-kecil dulu. Buat sarapan atau pun minum petang. Jadi hari ni Ummi cubalah buat untuk minum petang sebab semalam Mommy Ngah bagi rasa tak cukup pula makan dengan anak-anak hehehe. Cara nak buat tersangatlah mudah hanya dengan 3 bahan utama.

RESIPI LEMPENG BATAK

Bahan-bahan:

Tepung gandum
Air panas
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya:

Gaulkan ke semua bahan dan uli. Sukatan ikutlah berapa banyak nak buat. Saya letak 4 senduk tepung gandum dapatlah 3 keping besar lempeng batak ni. Uli sampai kesemua bahan sebati. Biarkan sekejap. Kalau nak buat sarapan uli lah malam.

Bulat-bulatkan saiz ikut suka hati.

Bila nak goreng, leperkan ikut bentuk bulat ala macam roti canai tu.

Lepas tu gorenglah dengan minyak yang sikit je. Dah siap goreng bolehlah makan dengan sambal tumis ikan bilis ke, asam pedas ke, gula ke, apa je lah yang sedap jadi pencicah.

Ummi cicah dengan Sambal Kupang left over semalam yang masih elok yang dah dihangatkan. Tiga keping ni pun dah cukup kenyang makan dengan anak-anak. Anak-anak yang dimaksudkan itu ialah Abang Syamil dan Adik Syahid. Abang Ilham tak makan lempeng hahaha.

Selamat mencuba!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!