Kekal Produktif Waktu WFH? Ini 19 Tips Lengkap Kerja Dari Rumah, Ada Panduan Untuk Ibu Juga!

Kekal Produktif Waktu WFH? Ini 19 Tips Lengkap Kerja Dari Rumah, Ada Panduan Untuk Ibu Juga!

Kekal Produktif Waktu WFH? Ini 19 Tip Lengkap Kerja Dari Rumah, Ada Panduan Untuk Ibu Juga!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada saat wabak COVID-19 sedang mengganas di seluruh dunia, ramai daripada kita yang sememangnya terpaksa bekerja dari rumah.

Apatah lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung, sebarang aktiviti yang tidak penting amatlah dilarang sama sekali.

Bekerja dari rumah mungkin kedengaran menyeronokkan. Anda tidak perlu bangun awal pagi bersiap ke pejabat dan boleh melakukan kerja pada bila-bila masa. 

Namun, di sebalik segala keseronokan tersebut, wujud beberapa cabaran dan kekangan apabila kerja dari rumah sewaktu wabak COVID-19 ini menular.

Oleh itu, kami kongsikan tip yang boleh membantu anda bekerja dari rumah dengan lebih efisien dan menyeronokkan.

Tip bekerja dari rumah

Walaupun COVID-19 sedang mengganas, ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan segala tuntutan kerja pejabat. Kita masih boleh bersifat fleksibel dalam melaksanakan kerja.

Ikuti 19 tip bekerja dari rumah ini sewaktu wabak COVID-19 melanda.

#1. Tetapkan ruang kerja anda

wabak covid-19

Sediakan satu ruangan khas untuk anda bekerja di rumah. Ini adalah cara menghantar mesej yang jelas kepada otak untuk lebih fokus semasa bekerja.

Jauhkan diri daripada kawasan tersebut setelah tamat waktu kerja.

#2. Sentiasa bergerak

Jangan hadkan satu ruangan saja. Anda boleh siapkan kerja di beberapa lokasi lain dalam rumah anda. Ini bagi mengelakkan kebosanan dan menjaga postur tubuh.

#3. Bersedia setiap hari

Sebelum mula bekerja, persiapkan diri anda. Anda boleh mula dengan mandi dan bersarapan. Pakai pakaian yang selesa untuk anda bekerja. Tidak salah juga jika anda ingin bersolek. 

#4. Buat jadual

Buat jadual harian anda agar tugas kerja dan tanggungjawab di rumah dapat berjalan dengan seiring dan teratur. Tentukan waktu bekerja dan masa untuk menguruskan rumah tangga. 

#5. Buat pelan pemakanan

Jangan terlalu fokus bekerja sehingga mengabaikan waktu makan anda. Dan, jangan pula anda asyik mengunyah snek sehingga kerja tertunda. 

Pilih makanan yang berkhasiat yang mampu menguatkan memori dan penumpuan seperti telur dan coklat gelap. Cuba buat minuman sihat seperti di bawah ini:

#6. Bekerja dengan bayi dan anak kecil

Ada anak kecil? Tiada masalah, anda boleh letakkan katil atau buaian bayi berdekatan dengan ruangan kerja. Gunakan waktu ketika bayi tidur untuk anda fokus pada kerja atau bermesyuarat secara dalam talian.

Jika ada anak yang lebih dewasa, minta si kecil untuk sama-sama menjaga adiknya. Berikan anak aktiviti menarik untuk dilakukan semasa anda buat kerja pejabat. 

#7. Beri perhatian kepada keperluan emosi anak anda

Anak anda mungkin memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih pada ketika ini

Oleh itu, cuba luangkan sedikit masa untuk bersama si manja seperti menonton televisyen atau makan bersama untuk seketika. Anak gembira, anda pun tenang meneruskan kerja. 

#8. Berkongsi komputer dengan anak anda

wabak covid-19

Jika anda berkongsi komputer dengan si kecil, tegaskan pada anak waktu bekerja anda. Berikan padanya hanya bila anda sedang berehat atau tidak menggunakan komputer. 

#9. Tentukan apa yang anda ingin dengar dan lihat

Usah hilang fokus kerja dengan mengambil tahu terlalu banyak berita berkenaan wabak COVID-19. Tentukan jenis media yang anda ikuti dan block sebarang berita yang tidak anda gemari.

Jika mahu kekal mendapat informasi terkini tentang wabak COVID-19, peruntukkan sedikit waktu untuk membaca berita.

#10. Nikmati masa di rumah

Mungkin situasi berada di rumah ini tidak sama ketika waktu normal sebelum PKP dilaksanakan.

Tetapi anda masih boleh menikmati setiap waktu di rumah dengan melakukan pelbagai perkara bagi menghilangkan tekanan sewaktu bekerja, seperti melihat seketika pemandangan dari balkoni rumah anda. 

Artikel berkaitan:

#11. Kekal berhubung

Sekiranya anda rasa memiliki tanda-tanda kemurungan atau mengalami tekanan, segera berhubung dengan profesional seperti ahli psikologi atau kaunselor secara dalam talian.

#12. Wujudkan tempat kerja yang tenang

Tempat kerja di rumah anda juga perlu berada dalam keadaan yang bersih dan menenangkan.

Anda boleh pasang pewangi udara bagi mewujudkan ruang kerja yang menenangkan. Susun dan bersihkan ruang kerja anda setiap hari selepas tamat bekerja.

#13. Sekiranya pasangan anda turut bekerja, bincang pelan terbaik untuk anda berdua

Berbincang dengan pasangan berkenaan cara anda bekerja. Nyatakan bila waktu anda makan dan waktu jika anda tidak mahu diganggu sewaktu bekerja.

#14. Bantu pasangan anda

Fikirkan cara membantu pasangan sewaktu bekerja dari rumah. Contohnya, anda boleh mengingatkan si dia untuk menyiapkan tugasan kerja mereka.

Selain itu, anda dan pasangan juga boleh bergilir-gilir untuk membuat kerja rumah.

#15. Gunakan fon telinga (headphone)

kerja dari rumah

Elakkan sebarang gangguan bunyi sewaktu bekerja dengan menggunakan fon telinga. Pilih senarai lagu yang boleh membantu anda untuk fokus bekerja.

#16. Masa untuk diri

Terdapat kemungkinan ahli keluarga di rumah mengganggu anda semasa bekerja, justeru menyebabkan tugasan tergendala.

Oleh itu, cuba tetapkan sempadan waktu semasa anda bekerja. Contohnya, beritahu mereka anda perlu fokus selama 4 jam. 

#17. Jangan abaikan diri

Bekerja di rumah tidak bermakna anda perlu 100% menumpukan pada tugasan. Jaga kesihatan fizikal dan mental sewaktu tempoh PKP ini. 

Berikut adalah antara senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah.

kerja dari rumah

#18. Gunakan kaedah Pomodoro

Kaedah Pomodoro adalah teknik pengurusan masa. Anda disarankan melakukan kerja selama 25 minit, dan ambil masa sebanyak 5 minit selepas itu untuk berehat. Lakukan kaedah ini sepanjang anda WFH. 

#19. Berehat secukupnya 

wabak covid-19

Setelah tamat melakukan tugasan kerja anda, ambil peluang ini untuk berehat secukupnya seperti menonton televisyen atau tidur.

Cuba kesemua tip ini sewaktu anda kerja dari rumah. Jangan abaikan kesihatan mental dan juga fizikal anda sewaktu penularan wabak COVID-19 ini.

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *