Realiti Sebenar Work From Home (WFH) Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Realiti Sebenar Work From Home (WFH) Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah dah masuk hari ke 27 Perintah Kawalan Pergerakan dan hari ni genap 25 hari Ummi Work From Home (WFH). Korang yang Work From Home ok tak? hehehe. Soalan mencabar semencabarnya ibu ayah yang terpaksa WFH tu kan hehehe. Nampak macam santaikan WFH ni. Macam kau banyak masa je lepak-lepak kat rumah. Ohhh tak semudah yang korang sangkakan. Jangan makan gaji buta oiiii. Duit nak bagi anak-anak makan. Tanggungjawab pada tugas di office kena disempurnakan walaupun kita tak sesempurna mana hehehe. Bersyukurlah boss bagi WFH, sekurang-kurangnya risiko jangkitan dan penyebaran virus tu berkurangan.

Ummi ada dua work station. Yang utama of course SoHo (Small Office Home Office) Ummi la kan kat master bedroom. Tapi Ummi jarang stay kat SoHo sebab masa Ummi fokus pada kerja-kerja office, Ummi akan bagi diorang guna PC sambil layan Syahid. Awal pagi ok lagi, sebab Babah akan handle Syahid. Bila pukul 12pm gitu Babah dah bersiap-siap nak ke office, jadi abang-abang tolong Ummi tengokan adik. Nanti sekali sekala Ummi jengah la diorang. Kalau nangis biasanya Abang Ilham akan dukung dia ke bilik belakang.

Umpankan dia main ultraman hahahaha. Masa ni mood dia baik.

Awal-awal WFH tetiba line UMobile problem. Aduhaiii haru biru rasa. Nasiblah masa tu Babah cuti, dia bolehlah share hotspot handphone Babah. Ummi ikut waktu pejabat, waktu mula kerja, waktu rehat dan waktu balik. Skema ke? Eh ye la namanya Work From Home kan, gaji jalan. Jangan kata nak lelap, memang tak tergamak kot rasanya.

Ini hari WFH ke berapa entah. Babah hantar masuk bilik belakang sebab dia nak mandi. Syahis dah siap-siap Babah mandikan bagi sarapan. Tengoklah tu, siang hari pakai seluar tidur hahaha. Tak apa lah Syahid, janji Babah bekerjasama dengan Ummi hehehe.

Mula-mula ok lagi main tarik-tarik tudung. Ehhh lama-lama dia panjat nak duduk atas riba hahaha. Bertuah punya anak.

Daily Virtual Meeting pertama sepanjang PKP. Kalau kat office memang kami ada Daily Stand Up Meeting. Bila dah masing-masing mostly WFH, terpaksalah on juga meeting secara virtual untuk operational update Marine Services Department. Kami gunakan Microsoft Team. Meeting setiap hari jam 11.30am. Meeting pertama ok lagi tak ada bayang-bayang budak atas riba haha. Ada bayang-bayang abang-abang la duk menjengah nak tengok Ummi bercakapa dengan siapa hahaha. Excited la memasing nampak Uncle Nazam, Abayap kat dalam laptop hahaha.

Next day.. cuba tenung gambar kanan sekali bawah. Dah ada bayang dahi budak cenonit tu hehehe. Nasiblah bosses Ummi memahami.

Ehhhh next meeting dia ada lagi lah. Menangis cari Ummi tu yang abang hantar dia ke bilik belakang. Redho jek lah. Tak sampai hati kot nak dengar dia menangis.

Haaa inilah situasi sebenar virtual meeting Ummi haha. Meeting sambil riba anak. Apa ada hal. Boleh je. Nak seribu daya ye tak. Cuma pasghah jek lah tangan dia nak capai itu ini. Siap hentak-hentak mouse hahaha.

Meeting 3 April, ehhh ada lagilah kepala budak cenonit tu. Mungkin dia teringin nak jadi Pilot PTP haha.

Tak apalah dik, kenangan untuk Ummi dan kita semua. Pertama kali dapat WFH sambil uruskan rumahtangga. Memang challenging. Tapi kalau kita pandai manage insha Allah semuanya dipermudahkan.

Tudung Ummi tu style baru nanti bila naik kerja. Versi kelepek hahaha. Boss tanya kenapa tudung, Ummi cakap tu “Work From Home be like” kahkahkah. Saja je.

Hahaha ni saja la berdiskusi dengan pak mok dua orang ni. PKP di teruskan lagi ke Fasa ke 3, CEO pun dah bagi memo. Bermakna, WFH diteruskan lagi. Bersyukurlah, kita masih punya pekerjaan lagi. Ada orang tu, dah hilang pekerjaan. Sabar je lah. Kita yang dapat WFH dapat kerja shift silalah bersyukur. Jangan merungut.

Bezanya Work From Home & Staff Yang Dicutikan Kerana Wabak COVID-19

Work From Home bukan sesi bercuti ok. Bezanya WFH dengan staff yang dicutikan kerana wabak COVID-19 adalah mereka bebas buat apa saja aktiviti di rumah bersama anak-anak. Tapi kami yang WFH ni, harus patuh pada waktu kerja dan undang-undang syarikat. Jadi bersyukurlah korang yang boleh mencuba pelbagai menu di musim PKP ni. As for me, Ummi beriya masak itu ini bila datangnya hujung minggu. Bila weekdays, Ummi akan sediakan breakfast dan lunch awal pagi dan minum petang selepas waktu pejabat.

Alahhhhhh.. apa nak skema sangat bukan boss nampak pun..

Ya boss tak nampak tapi Allah nampak. Simple kan. Gaji jalan awak. Kalau Ummi rasa macam tak cukup masa nak fokus pasal kerja di siang hari, Ummi akan stay up siapkan. Ya, WFH memang mencabar lagi-lagi bila ada anak kecil. Pandai-pandailah nak handle bagi anak-anak behave.

Tips Bagi Mereka Yang Bekerja Dari Rumah (Work From Home)

  • Menyediakan ruangan khas yang selesa untuk bekerja – Ruang khas penting untuk kita kekal fokus dan produktif pada tugasan harian. Tak perlu ruang yang terlalu besar, yang penting selesa. Cukuplah bilik yang ada kemudahan meja dan kerusi bagi memudahkan kita melakukan tugasan.
  • Tetapkan waktu bekerja mengikut waktu pejabat – Jadualkan waktu bekerja seperti biasa, contohnya 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pastikan kerja rumah seperti memasak telah diselesaikan terlebih dahulu supaya tidak mengganggu waktu bekerja. Sekiranya sehari tu kurang dapat fokus, Ummi akan cover semula waktu bekerja di waktu malam bila anak-anak dah selamat tidur.
  • Sediakan Perancang Harian (Daily Planner) & “To Do List” – Penting untuk kita senaraikan tugas-tugas yang sepatutnya diselesaikan pada hari tersebut supaya tidak terlepas dateline. Bagi Ummi “To Do List” memang sangat-sangat membantu. Even bekerja di office pun memang Ummi akan buat To Do List.
  • Tetapkan waktu rehat – Waktu rehat untuk makan tengahari kebiasannya jam 1 – 2 petang. Jadi ambil waktu rehat ni untuk makan, menguruskan anak-anak dan solat. Ambillah waktu rehat 5 – 10 minit bila perlu sepanjang waktu bekerja.
  • Tetapkan waktu mesyuarat harian – Mesyuarat harian bergantung kepada organisasi. Contohnya Ummi, boss dan kami semua sepakat untuk mengadakan daily virtual meeting setiap hari jam 11.30 pagi. Jadi waktu ini, Ummi akan pastikan anak-anak tidak mengganggu fokus Ummi. Walaupun ada ketika Ummi ada “peneman” ketika meeting tapi semuanya bila dah penghujung meeting.
  • Gunakan aplikasi untuk berkomunikasi dengan rakan sepejabat dan boss – Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan contohnya Google Hangout, Microsoft Team, Skype, Zoom (kurang digalakkan) dan sebagainya. Macam yang Ummi dah beritahu kat atas tu, di PTP kami gunakan Microsoft Team.
  • Dapatkan bantuan suami dan anak-anak – Sekiranya perlu dapatkan bantuan suami dan anak-anak. Ini pada Ummi untuk yang ada anak kecil. Macam Ummi, Ummi terpaksa dapatkan bantuan abang-abang untuk tengokkan adik, disamping Ummi juga akan sekali sekala menjengah aktiviti mereka. Alhamdulillah anak-anak sangat membantu.
  • Mainkan muzik – Untuk mengelakkan korang menjadi boring bolehlah mainkan muzik kegemaran atau buka radio. Almaklumlah, biasanya bila di pejabat ada kawan kiri kanan nak berbual. Bila bekerja dari rumah, kita sorang-sorang menghadap laptop. Jadi sambil-sambil fokus pada kerja, kita jaga emosi kita agar sentiasa ceria dan bersemangat

Itu saja cerita WFH Ummi sepanjang PKP dan tips yang Ummi boleh kongsikan. Nanti kalau ada lagi Ummi tambah. Ummi pun bukanlah hebat mana. Ummi cuba menjalankan tugas dengan cara paling efficient yang boleh. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua terutama frontliners yang bertarung nyawa. Tak dilupakan buat PTP Frontliners yang masih bertugas termasuk Babah Ilhams dan juga PTP Frontliners yang Work From Home.. stay safe uolls! Semoga Allah lindungi kita semua dari ancaman wabak COVID-19.

Stay at home and Work From Home!

 352 total views,  4 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!