Malam Nisfu Syaban – Kelebihan Doa & Amalan Yang Digalakkan

Agama

Malam Nisfu Syaban – Kelebihan Doa & Amalan Yang Digalakkan | Malam Nisfu Sya’ban adalah merupakan antara malam yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan. Ini kerana padanya terdapat keampunan dan penerimaan doa daripada Allah bagi yang memohon ampun serta bermunajat kepadaNya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban daripada Mu’az bin Jabal RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya (dengan
pandangan rahmat-Nya) pada malam nisfu Sya`ban kemudian
mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik
dan juga orang yang bermusuhan”.
(Hadith Sahih Ibnu Hibban: No. 5665)

Telah berkata Imam Al-Syafie Rahimahullah di dalam Kitab AlUmm Jilid 231/1 yang maksudnya:

“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam
Aidil Adha, malam Aidil Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam
Nisfu Sya‟ban”

Adalah wajar bagi umat Islam untuk tidak melepaskan peluang mengambil dan merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan cara beribadah seperti solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, membaca doa nisfu Sya’ban dan lain-lain lagi dengan memanjatkan kesyukuran atas limpahan nikmat Allah yang tiada terhingga banyaknya. Merayakan malam nisfu sya’ban dengan melakukan pelbagai ibadah yang membawa kepada keredhaan Allah dan keampunan adalah sunat/mustahab hukumnya.

Oleh itu, Umat Islam hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan meningkatkan amalan dan memperbanyakkan berdoa khususnya memohon perlindungan Allah SWT daripada ancaman wabak Covid-19.

KAEDAH MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN

  • Azan Maghrib dan iqamah.
  • Solat Maghrib secara berjemaah dengan membaca Qunut Nazilah pada I’tidal di rakaat yang terakhir.
  • Imam juga boleh membaca Qunut Nazilah ringkas sebagaimana berikut:
  • Seterusnya diikuti dengan bacaan wirid dan doa.
  • Solat Hajat dua rakaat khusus mohon kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan dan keafiatan yang sempurna, juga dipohon perlindungan dan pemeliharaan oleh Allah SWT agar dijauhi daripada segala penyakit, bala, wabak, ta’un, kemudaratan, keburukan, kesusahan dan penderitaan terutama dari virus Covid-19:
  • Membaca Doa Solat Hajat selepas salam:

Maksudnya:
Ya Allah wahai Tuhan kami yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Kami bermunajat menadah tangan memohon keampunan di atas segala kealpaan, kesalahan dan dosa-dosa kami. Sesungguhnya kepada-Mu jualah kami bertaubat dan menyerah diri.

Ya Allah wahai Tuhan yang Maha Berkuasa memberipertolongan kepada mereka yang meminta pertolongan. Ya Allah wahai Tuhan yang Maha Berkuasa menghilang dan menghapuskan segala dukacita mereka di dalam kesusahan, penderitaan dan dalam bala bencana. Sesungguhnya Engkau telah melihat kedudukan kami dan mengetahui keadaan kami. Tiada sesuatu pun daripada urusan kami yang terlindung daripada pengetahuan-Mu
dan penglihatan-Mu. Ya Allah, pelihara, lindungi, jauhi dan selamatkanlah apalah kiranya diri kami ini, zuriat keturunan kami, ahli keluarga kami, rakyat negeri Johor Darul Takzim khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya, umat Islam di mana sahaja mereka berada, daripada apa jua bala dan bencana, wabak dan penyakit, segala kemudaratan, kesusahan dan keburukan terutama wabak Covid-19.

Ya Allah, kurniakanlah keafiatan, kekuatan, kesabaran, kecekalan, perlindungan dan keselamatan kepada para petugas barisan hadapan dalam menangani wabak ini walau di mana mereka bertugas, Ya Allah sembuhkanlah apa kiranya mereka yang telah dijangkiti
wabak Covid-19. Ya Allah, cucuri rahmat dan keampunanMu kepada mereka yang telah meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19 ini. Kami juga memohon ke hadrat-Mu semoga wabak yang mengancam kehidupan kami segera berakhir dan dilenyapkan di atas muka bumi ini.

  • Beristighfar sebanyak tiga kali.
  • Membaca Surah Al-Fatihah dan
  • Membaca Surah Yaa-sin 1 kali atau 3 kali.
  • Membaca Doa Nisfu Syaaban:

Baca juga: Malam Nisfu Syaaban

Jemput like: HERNEE NAZIR DOT COM

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Malam Nisfu Syaban – Kelebihan Doa & Amalan Yang Digalakkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!