Malam Nisfu Syaaban

Agama
Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban | Kawan2.. sekadar ingat mengingati sesama kita..

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan SyaabanHijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu tahun .

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

  • Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
  • Mengadakan Qiamullail.
  • Berpuasa pada siang harinya.

Maksudnya:
Ya Allah wahai Tuhan kami yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Kami bermunajat menadah tangan memohon keampunan di atas segala kealpaan, kesalahan dan dosa-dosa kami. Sesungguhnya kepada-Mu jualah kami bertaubat dan menyerah diri.

JOM SAMA-SAMA DOA DIJAUHKAN DARI WABAK COVID-19

Ya Allah wahai Tuhan yang Maha Berkuasa memberipertolongan kepada mereka yang meminta pertolongan. Ya Allah wahai Tuhan yang Maha Berkuasa menghilang dan menghapuskan segala dukacita mereka di dalam kesusahan, penderitaan dan dalam bala bencana. Sesungguhnya Engkau telah melihat kedudukan kami dan mengetahui keadaan kami. Tiada sesuatu pun daripada urusan kami yang terlindung daripada pengetahuan-Mu
dan penglihatan-Mu. Ya Allah, pelihara, lindungi, jauhi dan selamatkanlah apalah kiranya diri kami ini, zuriat keturunan kami, ahli keluarga kami, rakyat negeri Johor Darul Takzim khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya, umat Islam di mana sahaja mereka berada, daripada apa jua bala dan bencana, wabak dan penyakit, segala kemudaratan, kesusahan dan keburukan terutama wabak Covid-19.

Ya Allah, kurniakanlah keafiatan, kekuatan, kesabaran, kecekalan, perlindungan dan keselamatan kepada para petugas barisan hadapan dalam menangani wabak ini walau di mana mereka bertugas, Ya Allah sembuhkanlah apa kiranya mereka yang telah dijangkiti
wabak Covid-19. Ya Allah, cucuri rahmat dan keampunanMu kepada mereka yang telah meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19 ini. Kami juga memohon ke hadrat-Mu semoga wabak yang mengancam kehidupan kami segera berakhir dan dilenyapkan di atas muka bumi ini.

©Hernee Nazir – Bagi yang berkemampuan, luangkan masa untuk bekalan kita di sana..

Baca juga: Malam Nisfu Syaban – Kelebihan Doa & Amalan Yang Digalakkan

Jemput like: HERNEE NAZIR DOT COM

Loading

Related Posts

One thought on “Malam Nisfu Syaaban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!