DDHN – Resipi Ikan Masak Asam Simple

DDHN – Resipi Ikan Masak Asam Simple | Assalamu’alaikum. Menu musim-musim PKP. Masak menu biasa simple-simple janji kenyang dan selera untuk makan. Menu Ikan Masak Asam Simple ni memang menu Ummi dan adik-beradik masa kecil. Arwah emak memang suka gila masak lauk ni. Penambah selera tau.

Jom tengok resipi simple dari Dapur Herne Nazir. Mudah-mudahan boleh membantu ibu-ibu yang kering idea untuk memasak. Boleh juga buat menu berbuka puasa atau bersahur nanti ya hehehe. Selamat mencuba!


Resipi Ikan Masak Asam Simple


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan (kuantiti ikan ikutlah suka nak masak banyak mana -bersihkan, lumur garam kunyit dan goreng)
  • 1 biji bawang besar hiris mayang atau bulat **
  • 2 ulas bawang putih dihiris **
  • 3 biji cili padi belah 2/ atau cili hidup **
  • Garam, gula secukup rasa
  • Secubit belacan
  • Secawan air asam jawa

Cara-cara:

  1. Tumis bahan-bahan bertanda **.
  2. Masukkan air asam jawa dan secubit belacan. Kacau rata dan tunggu mendidih. Biar kuah pekat.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  4. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas. Nyummmm!

Alhamdulillah kenyang anak beranak. Masak seekor je. Cukup lunch and dinner bersama lauk-lauk lain. Lauk kami pun biasa-biasa tak meriah. Yang penting anak-anak bertambah-tambah nasi hehehe.

Ok till then, stay at home.. stay safe! Duduk rumah!

 454 total views,  1 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!