MCO Day 1 & 2 – Bye Office! See You on 15 April!

Bye Office! See You on 15 April! | Assalamu’alaikum. Sepertimana yang kita semua tahu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Baru saja tadi Perdana Menteri kita memanjangkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order – MCO) sehingga 14 April 2020. Sebelum ni tajuk Ummi tu 1 April, terpaksalah Ummi tukar ke 14 April. Untuk hari pertama dan kedua Ummi masih ke office macam biasa sehinggalah boss bagi keputusan, dan Ummi tergolong dalam staff yang Work From Home (WFH).

Sebenarnya pihak PTP, bagi 3 pilihan untuk support group yang bekerja di office. Maklumlah pelabuhan adalah essential service jadi kami masih beroperasi 24 jam. Pilihan untuk Work From Home atau shift pagi (6am hingga 12pm) atau shift petang (1pm – 7pm). Ummi dan Babah mulanya decide pilih shift petang. Tapi bila boss dah arahkan untuk Work From Home, Ummi terimalah seadanya. In case ada benda urgent yang perlu diselesaikan, Ummi sedia ke office. Alhamdulillah juga, tak perlulah Ummi nak angkut anak-anak keluar ke rumah hari-hari. Walaupun dekat je rumah Opah, tapi risikonya kita tak tahu kan.

MCO Day 1.. Simpan sini sebagai kenangan tahun 2020 yang penuh dengan cabaran. Masa ni ada sebahagian orang office yang dah WFH.

MCO Day 2.. Masa ni pepagi belum dapat kata putus dari boss. Toleh kiri kosong je meja-meja department sebelah. Section Ummi pun hanya Ummi dan Mizan je yang bekerja, big boss dalam bilik dia. Bila dah dapat arahan dari boss untuk WFH, Ummi siap-siap set up laptop untuk bawa balik, nak WFH katanya kan. Dalam pukul 3pm barulah Babah hantar Ummi balik rumah dan ambil anak-anak. Babah teruskan bekerja sampai habis office hour. Esoknya baru Babah mula shift petang.

Sebelum balik sempat snap gambar office yang sunyi. Sedih pulak rasa nak meninggalkan office. Kita ikut je lah arahan syarikat yang menyokong pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia. Untuk kawan-kawan yang masih ke tempat kerja, termasuklah Babah Ilhams, semoga kalian semua dilindungi Allah dari wabak COVID-19. Buat semua semoga Allah merahmati, melindungi kita semua serta mengampunkan segala dosa-dosa kita. Marilah sama-sama berdoa semoga wabak COVID-19 segera berakhir.

Stay safe severyone! Stay at home!

p/s Stay tuned for my Work From Home Diaries 😉

 101 total views,  1 views today

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *