The Ilhams Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1) | Assalamu’alaikum. Hi mommies.. how’s your days? hahaha. Soalan cepu emas untuk dijawab dengan tenang dan redho.
Macam dalam entri Ummi yang lepas, Ummi memang dibenarkan oleh pihak syarikat untuk Work From Home (WFH). Jadi memang anak-anak tak dihantar ke rumah Opah. Bila dah 24 jam bersama anak-anak dalam keadaan duduk berkurung dalam rumah ni faham-faham je lah kan hehehe. Macam-macam aksi keluar. Tak gitu emak-emak sekalian alam?
Tengok tu, hari-hari dia nak bedal pakai baju baru. Ummi biarkan je lah. Asalkan diorang bahagia. Dari diorang buat perangai baik layankan je.
Abang Ilham kata “Ummi sebab COVID-19 ni kita tak boleh jalan-jalan, boleh tak kitorang pakai baju baru?”.
“Gasaklah lah.. pakailah bang”.
Setiap hari Ummi tanya diorang, “Ilham.. Syamil ok ke duduk rumah terkurung macam ni tak jumpa kawan-kawan?”
“Kitorang ok je Ummi.. kan best Ummi tak kerja..”
Haipppppppp.. Ummi kerja ok. Sila bagi kerjasama.
Nampak dalam gambar tu macam tengah aman damai kan. Ya masa ni tengah bahagia bersama, “aku adik dan engkau abang” (eh itu lagu Hujan) haha. Sekejapan tu nanti berperang semula. Muka Ummi pun dah tak tahu nak menjelma jadi warna apa. Biru dah. Hijau pun sudah. Barangkali warna pelangi kot kahkahkah. Ummi kecil-kecil dulu macam tu juga bercekau je dengan Mommy Ngah dengan Mama Cu korang tu.
Rutin setiap hari Ummi kena buka “Kaunter Aduan Rakyat. Sekejap orang ni datang buat aduan. Sekejap kang dia lagi datang. Ehhhh.. ehhhh dia lagi.. sehari habis penuh fail aduan rakyat Ummi ni tau.
Antara aduan-aduan rakyat:
“Ummi… Abang ni pukul Syamil.. dah macam gangster”
Masa si pengadu sebut gangster tu, Ummi duk menahan gelak je. Kemain kau dik, sekali sebut gangster terus kahkahkah.
“Ummi.. Syamil ni suka hati dia je nak tumbuk Ilham”
“Ummi.. Abang tak nak bagi gilir-gilir main handphone”
“Ummi.. Abang piat telinga Syamil sampai merah”
“Ummi.. Abang habiskan bateri handphone.. Syamil tak sempat nak main” sambil disambung dengan suara tangisan dan jeritan tak puas hati meluahkan perasaan.
And the list of reports goes on and on..
Oleh kerana si kecil ni belum pandai bercakap, maka aduan dari dia memang zero! hahaha. Cuma orang lain buat aduan tentang dia banyak.
“Ummi.. Syahid panjat tangga..”
Bila Ummi toleh, ehhhhh makin laju dia panjat tangga sambil tersengih. Cehhhh~ anak bertuah sorang ni.
Ummi pun to up bebel sikit.. “dah nampak adik panjat tangga cepat-cepatlah dukung bawa turun.. bukan jerit bang oi”
Hari pertama Ummi WFH je dia dah buat kes, mandi minyak masak di dapur. Nasiblah bukan minyak panas. Ceritanya Ummi yang cuai letak kuali kat lantai sekejap. Tak sangka dia muncul dengan lajunya selepas Babah mandikan dia. Tak sempat nak halang habis tumpah minyak kena baju dia semua. Fuhhh. Salin baju lain.
Bila Ummi buat kerja kat bilik belakang (bilik abang-abang), Ummi suruh diorang tiga beradik berkumpul dalam bilik depan. Ummi on PC dan share hotspot. Abang kena jagakan adik-adik dan sesekali Ummi datang jengah. Tengok tu padahal ada kerusi dia tetap nak duduk bertenggek atas meja.
Caught in action! Sedang elok Ummi memantau keadaan, beliau tengah mencuba masuk dalam laci dengan muka tak bersalah. Memang cukup-cukup bertuah budak ini.
Ni hari Khamis, macam biasa Ummi ada virtual meeting so 3 Abdul ni berkurung dalam bilik Ummi. Dari pagi dia tak tidur. Puaslah Babah nak menidurkan dia sebelum pergi kerja tapi tak berjaya. Rupanya senyap-senyap Ummi masuk bilik jengah dia dah tertidur sendiri kata abang. Alahai siannya anak Ummi. Dia terjaga cari Ummi, tapi sambung semula tidur tepi pintu.
Nampak tu, report banyak terfokus pada yang duduk belakang Abang Ilham je tu hahaha. Dia duduknya belakang abang hahaha. Ini gambar-gambar yang elok diorang berkumpul dalam bilik tau. Nanti Ummi share gambar yang dia mengacau Ummi tengah buat kerja hahaha. Redho jeklah dah namanya anak kan.
Ini kes terbaru, Ummi tengah nak update blog, dia kat belakang buat kerja. Macamana entah dia dapat blusher ni, maybe abang yang turunkan dari gobok solek. Ummi toleh nak tengok dia buat apa sebab suara dia bising membebel. Rupanya dah bersepai blusher ni dan dah nak dimakannya. Nasiblah Ummi cepat (walaupun sebenarnya lambat hahaha sila jangan kecam). Dia buat muka tak tahu je hahaha.
Semenjak terperuk dalam rumah, nampaknya sel-sel otak dia sangat aktif berhubung antara satu sama lain. Hari ni baru hari ke 12, ada 16 hari lagi dik. Makin panjang akal awak.
Untuk semua ibu ayah, tarik nafas panjang-panjang dalam-dalam dan lepaskan ya. Hargailah masa bersama anak-anak walaupun kadang-kadang kita rasa nak bertukar jadi raksasa gorgon. Disebalik ujian wabak COVID-29 ni, ada hikmah yang Allah sembunyikan. Dulu kita yang berkerja mengeluh nak anak membesar depan mata, sekarang Allah bagi jaga anak 24 jam walau hanya 28 hari je pun silalah hargai dan nikmati setiap saat bersama. Macamana kita penat, macam tu jugalah pengasuh penat menjaga anak kita. Dulu antara kita ada yang tak berkesempatan nak memasak untuk anak dan suami oleh kerana sibuk bekerja. Sekarang, hikmahnya Allah bagi kita peluang memasak dari celik mata sampailah nak terpejam mata ibu-ibu masih lagi duduk di dapur. Tak apalah, asalkan ibu-ibu masih #stayathome eventhough your are actually lebih kepada #stayinthekitchen hahaha. Terlalu banyak hikmah yang Allah bagi di sebalik ujian wabak COVID-19 ni. Semoga ibu ayah terus tabah menjaga amanah Allah ini ya.
Sabtu dan Ahad Ummi ingatkan nak tutup Kaunter Aduan Rakyat. Tapi hampa belaka. Masih ada aduan. Bertabahlah Ummi! Kita sambung cerita anak-anak Ummi untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua minggu depan. Ok, till then, babai!
Stay at home! Stay safe! Duduk rumah diam-diam wahai rakyat Malaysia.
Sama-sama kita doakan para frontliners dan barisan jemaah menteri diberi kesihatan dan kekuatan menangani ujian wabak COVID-19 ni. Insha Allah.. semuanya dengan izin Allah!