Aneka Resepi Sup

Aneka Resepi Sup | Assalamu’alaikum. Koleksi resepi sup untuk rujukan memasak hehe. Credit Resepi Sahur Untuk 30 Hari. Bolehlah buat menu bersahur nanti ya. Sahur sedap hirup kuah sup hehehe.

RESEPI SUP TELUR

Bahan-bahan:

Telur
Isi dada ayam
Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
Bawang putih
Bawang Merah
Halia (penting)
Cili
Limau kasturi
Garam
Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
Air

Cara:

Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.
Masukkan sayur.
Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.
Siap! Selamat mencuba.

RESEPI SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan tumis:

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk-boleh tambah

* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:

– Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

RESEPI SUP GEARBOX

Bahan-bahannya:

2 batang tulang gearbox
Sedikit tulang tengkuk
400 g daging
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 sup bunjut adabi
1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza
2 jug air – bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki
Garam
Serbuk perasa
Daun sup – dipotomg halus
Daun bawang – dipotong halus
Bawang goreng

Bahan hiris nipis:

2 inci halia
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam. Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap.
Tambah air jika perlu. Besarkan api.
Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup.
Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api.

RESEPI SUP SAYUR

Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam – potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

Cara:

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

RESEPI SUP TULANG

Bahan-bahan:

1 kg tulang
500 grm daging cincang – pilih yg banyak daging
1 pokok daun sup & daun bawang
5 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk *Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni

Bahan tumis:

1 batang kayu manis – anggaran 2 inci panjang
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 biji bawang merah – dikisar
1 biji bawang besar – dikisar
4 ulas bawang putih – dikisar
2 inci halia – dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

Cara:

Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus . -Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih . -Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk baru la ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan boleh ditutup api dapur.

RESEPI SUP CENDAWAN TAUHU TELUR

Bahan-bahan:

1 paket cendawan potong 3
2 paket tauhu telur potong bulan tebal seinci
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Daun bawang satu pokok hiris kecil
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara:

Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan.
Masukkan tauhu. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam. Biarkan selama dua minit. Tutup api. Dan taburkan daun bawang.

RESEPI SUP AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (sederhana besar)
8 biji kentang
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air mencukupi untuk kuah sup

Bahan tumis:

4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kayu manis ( 1 ketul )
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam

Cara:

– Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil . Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Ketumbar serta lada hitam ditumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , daun sup diracih halus.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang ditumbuk , semua rempah serta semua bawang tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la dimasuk semua ayam dan ubi kentang.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga ayam masak serta ubi kentang menjadi empuk .Akhir sekali sebelum tutp api dapur tabur la daun bawang dan bawang goreng ( jika ada )

RESEPI SUP SAYUR FISHBALL

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih dihiris
2 hirisan halia
2 sdt lada putih
beberapa titik minyak bijan
sedikit kobis panjang
cauliflower
hirisan dari sebatang carrot
satu pokok daun bawang dan daun sadri
beberapa hirisan ayam atau daging
Sepacket fish balls
Beberapa keping tauhu lembut di potong empat
sedikit garam

Cara:

Rebus ayam, berserta halia dan bawang putih.
Masukkan lada putih.
Masukkan fishball
Masukkan sayuran yang lambat empuk diikuti dengan daunan.
Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan.
Apabila telah mendidih sebentar bolehlah

RESEPI SUP DAGING ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

BAHAN-BAHAN TUMIS :
3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah

CARA MEMASAK : –
Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 . -Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih . -Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis. -Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

 187 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!