7 Hidangan Ramadan Yang Mesti Dicuba Di Rumah

Recipes

7 Hidangan Ramadan Yang Mesti Dicuba Di Rumah

Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan.

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri!

Kami telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa.

Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kami tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas yang tiada di dapur kecil anda.

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Kami mengujinya dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .

Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.

Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

1.   Resepi Bubur Jagung

Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!

Tempoh memasak: 20 minit   Hidangan untuk: 4   Tahap kemahiran: 1/10

BAHAN-BAHAN:

1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  
220ml Ayam Brand Santan Superlight 
1 sudu garam
1 sudu besar 
Sagu (secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam periuk, masukkan Santan Superlight. Gaul pada api sederhana. 
  2. Masukkan Krim Jagung Manis dan Jagung Manis.
  3. Tambahkan sagu, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih. 
  4. Hidang ketika masih panas 

2. Resepi Bubur Kacang

Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!

Tempoh memasak: 20 minit   Hidangan untuk: 4   Tahap kemahiran: 1/10

BAHAN-BAHAN:

200g kacang hijau, di cuci bersih
2 liter air
100g biji sagu, dicuci bersih
2 helai daun pandan, dicuci dan diikat
100g gula melaka
Secubit garam
1 tin Ayam Brand Sweet Corn
400ml Ayam Brand Santan 

CARA MEMBUATNYA:

1.  Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup.
2.  Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sagu untuk direneh bersama.
3.  Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sagu masak sepenuhnya.
4.  Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung.
5.  Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!

3. Resepi Puding Jagung

Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim. 

Tempoh memasak: 30 minit   Hidangan untuk: 12   Tahap kemahiran: 1/10

BAHAN-BAHAN:

1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  
1 pek Ayam Brand Santan Superlight 330ml
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
½ tin susu pekat manis
1 sudu kecil garam
Hirisan keju parmesan, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:

1.   Dalam periuk, masukkan santan, krim jagung dan jagung manis. 
2.   Campurkan dengan tepung kastard dan gula.  
3.   Masukkan susu dan garam. Campurkan semua pada api sederhana. 
4.   Masukkan kedalam bekas gelas atau mold dan simpan di peti sejuk sehingga keras.   
5.   Tambahkan keju di atas dan hidang. 

4. Resepi Kuih Talam

Kuih Talam

Seterusnya ialah kuih talam. Kami letakkannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbual oi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!

Tempoh memasak: 1 jam       Hidangan untuk: 12   Tahap kemahiran: 3/10

BAHAN-BAHAN:

Lapisan atas

250ml Ayam Brand Santan Superlight
30 gram tepung beras
30 gram tepung jagung
50ml air
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam

Lapisan bawah
300gram Ayam Brand Jagung Manis
250ml Ayam Brand Santan Superlight
100 gram gula pasir
50 gram tepung jagung
½ sudu teh perasa vanilla
½ sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA:
Lapisan bawah:
1.  Kisar jagung dengan santan dan tapis
2.  Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati
3.  Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak
4.  Kukus lebih kurang 10 minit

Lapisan atas:
5.  Panaskan santan bersama daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih
6.  Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis
7.  Tuangkan campuran ke dalam acuan
8.  Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak
9.  Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan

5. Resepi Agar Agar Buah

A close up of food on a table

Description automatically generated

Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi! 

Tempoh memasak: 2 Jam      Hidangan untuk: 6   Tahap kemahiran: 3/10

Lapisan buah

2 cawan air sejuk 
¼ cawan gula
½ cawan air laici
1¾ sudu kecil tepung agar agar  
2 cawan potongan buah mengikut citarasa seperti Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberries

Lapisan Santan 

¾ cawan Ayam Brand Santan Superlight
¼ cawan air
¾ sudu kecil + ⅛ sudu kecil tepung agar agar
3 sudu besar gula
Secubit garam
4 inci daun pandan(optional) 

CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam pot kecil tanpa api, masukkan air sejuk, air laici, tepung agar-agar dan campurkan sehingga licin
  2. Kemudian, hidupkan api dan biar didih sehingga semua cair. Sentiasa kacau. 
  3. Masukkan gula dan didih sehingga cair. Matikan api dan masukkan ¼ kedalam bekas agar-agar. 
  4. Masukkan potongan buah-buahan. 
  5. Letakkan agar-agar yang selebihnya diatas menutupi buah. 
  6. Biarkan sejuk selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kukuh untuk menampung acuan lapisan kedua.

Sambil menunggu lapisan buah mengeras, buat bahagian santan:

  • Didalam periuk kecil tanpa api, campurkan santan dan tepung agar-agar. Kacau sehingga sebati. 
  • Masukkan daun pandan dan hidupkan api. Biarkan didih dan sentiasa kacau campuran sehingga agar-agar telah cair secukupnya.
  • Masukkan gula dan garam. Campur sehingga cair. Buang daun pandan. 
  • Pastikan bahagian buah telah mengeras dan kering, tuangkan campuran santan diatasnya dengan sudu. 
  • Masukkan ke dalam peti ais selama satu jam (atau lebih) sehingga ia keras sebelum dihidang.

­6. Resepi Kuih Serimuka

A close up of a plate of food on a table

Description automatically generated

Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tempoh memasak: 1 jam       Hidangan untuk: 6   Tahap kemahiran: 5/10

BAHAN-BAHAN:

Lapisan bawah
300g beras pulut, rendam selama 3 jam dan toskan
150ml Santan Ayam Brand
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula (optional)

Lapisan atas
200ml Santan Ayam Brand
4 biji telur bersaiz sederhana
180g gula
50g tepung gandum
20g tepung jagung
8 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:

1.  Campurkan beras pulut yang telah ditos dengan santan kelapa, garam dan gula untuk    lapisan bawah. Kukus pada suhu tinggi selama 15-20 minit.
2.  Sambil itu, campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam satu mangkuk.
     Kisar tepung bersama gula, daun pandan, garam dan santan kelapa sehingga cair.
3.  Menggunakan kaedah double boil, masak campuran untuk lapisan atas sehingga pekat.
4.  Keluarkan lapisan bawah tadi dan ratakan sehingga padat.
5.  Tuangkan campuran untuk lapisan atas, ke atas lapisan bawah.
6.  Kukus selama 30-40 minit.
7.  Sejukkan sebelum dipotong (sebaiknya guna pisau plastik) mengikut citarasa.

7. Resepi Kuih Kaswi Labu

Food on a wooden cutting board

Description automatically generated

Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit     Hidangan untuk: 15   Tahap kemahiran: 5/10

BAHAN-BAHAN:

4 cawan tepung ubi
700g labu kuning
300ml Santan Ayam Brand 
3 cawan air
7 gram tepung agar agar 
2 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:

  1. Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk. 
  2. Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air. 
  3. Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar-agar.
  4. Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin. 
  5. Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam. 
  6. Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras. 
  7. Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut. Hidang

Dapatkan semua resepi ini dan banyak lagi di http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!