Forest City Water Park Kini Dibuka Bermula 13 November 2019

Forest City Water Park Kini Dibuka Bermula 13 November 2019

Forest City Water Park Kini Dibuka Bermula 13 November 2019 | Assalamu’alaikum. Hai.. baru ada mood menaip. Kalau korang follow Facebook Page herneenazir[dot]com mesti korang perasan yang Ummi ada post pasal Forest City Water Park kan. Haaaa dah selamat beroperasi ya uols. Sepupu Ummi dah bawa anak mandi manda kat sana. Ummi? Belum lagi. Tak bagitahu pun kat diorang ada water park terdekat dengan rumah. Kang mahu diorang ajak pergi hari-hari hahaha.

⛲FOREST CITY WATER PARK⛲‼️Kini dibuka – 13 November 2019‼️Harga Tiket:♦️Tiket masuk RM15/seorang♦️…

Dikirim oleh herneenazir[dot]com pada Jumat, 01 November 2019

Post ni banyak page copy gambarnya. Ramai juga yang tag Ummi. Apalah yang Ummi boleh buat. Redho jek lah kan. Dorang credit Hernee Nazir je pun jadilah. Walaupun seeloknya dorang share je lah dari page Ummi tu kan. Tekan butang SHARE pun susah ke? hehehe. Whatever it is gasak koranglah. Ummi bukan gila glamour pun. Pada gambar dah ada watermark, meh la singgah blog Ummi sekali hahaha.

Gambar-gambar ni Ummi snap pada 1 November 2019. Masa Ummi lunch di Forest City. Gigih ajak Noni berpanas ambil gambar walaupun adik Bangla kata belum boleh masuk kahkahkah.

FOREST CITY WATER PARK, GELANG PATAH, JOHOR

Waktu Operasi : 10pagi – 8mlm
Waktu Penjualan Tiket : 10pagi – 6ptg

Harga Tiket Forest City Water Park:

♦️Tiket masuk RM15/seorang
♦️ Penggunaan 1 fasiliti – RM5/seorang

Ada tiga bahagian untuk korang bersuka ria:

– Water Fun Challenge
– Water Maze
– Water Surf ‘n’ Slide

Untuk kolam biasa (swimming pool) yang sedia ada juga dah dikenakan bayaran RM2 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk dewasa. No more free ok!

Macam best juga Water Fun Challenge ni. Anak-anak kena pakai helmet bagai tau. Semua Forest City Water Park sediakan.

Water Maze ni kalau tengok ariel view memang macam main game maze la hahaha. Jenuh juga nak mencari anak tersesat dalam ni hahaha.

Credit: Forest City Country Garden

Yang ni Water Surf ‘n’ Slide ni. Ni bukan anak-anak je yang excited nak surf and slide, emak ayah pun teruja hehehe.

Sempena Forest City Water Park Official Opening ni, Forest City ada bagi FREE RM20 food & beverage cash voucher pada tarikh-tarikh berikut 16/11/2019, 17/11/2019 dan 23/11/2019 dari 11 pagi hingga 5 petang.

Untuk mendapatkan FREE RM20 food & beverage cash voucher, sila:

Langkah 1 – Snap gambar korang di Forest City Water Park, upload di facebook dan check-in di Forest City dan tag 3 orang rakan di facebook dan set post as public.

Langkah 2 – Like “Forest City Facebook Page” upload screenshot gambar di langkah 1 ke post Forest City Water Park Opening Facebook di ruangan komen.

Langkah 3 – Tunjukkan bukti di tiket kaunter Forest City Water Park dan isikan maklumat ringkas untuk menebus cash voucher RM20 (F&B).

Ok, esok dah start cuti sekolah. Jadi korang yang berdekatan mahu pun yang jauh boleh la bawa anak-anak mandi-manda di Forest City Water Park. Untuk makluman rakan-rakan muslim, korang boleh la makan di Marrybrown, Paparich atau yang terbaru ada 7′ Secret Malay Cuisine Restaurant (Halal) yang menyajikan masakan Melayu – Asam Pedas & Ayam Penyet. Ummi tak cuba lagi, nanti kalau dah cuba Ummi share ya.

Ok uolls, kalau nak share info Forest City Water Park ni share post di page Ummi tu ya. Thanks untuk yang sudi share!

Info lanjut, sila hubungi: 07-505 8888 (9am – 6pm)
Facebook – https://www.facebook.com/ForestCityCGPV/

158 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Forest City Water Park Kini Dibuka Bermula 13 November 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!