Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35) yang bertemakan “Ekspresi Legasi Seni” membawa peminat seni tanah air untuk menelusuri evolusi industri kreatif. Pengacara ABPBH 35 kali ini Ain Edruce dan Johan Raja Lawak.
Anugerah Bintang Paling Popular 35: Bell Ngasri
BBNU Lelaki Popular : Amir Ahnaf
BBNU Wanita Popular : Anna Jobling
Tiktoker Popular : Sally Whoo
Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular : Aina Abdul
Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular : Dolla
Aktor Filem Popular : Beto Kusyairy
Aktres Filem Popular : Sophia Albarakbah
Aktor TV Popular : Merqeen
Aktres TV Popular : Anna Jobling
Pengacara TV Popular : Elly Mazlein
Penyampai Radio Popular : Tyzo
Artis Komedi Popular : Bell Ngasri
Couple TV Popular : Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Couple Filem Popular : Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
Drama Popular : Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance)
Lagu Paling Boom Popular : Terus Hidup (Aina Abdul)
Content Creator Popular : Alieff Irfan
Lawak Viral Popular : Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey
Anugerah Ekpresi Legasi Seni ABPBH 35: Yunalis Zarai
Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH 35: Tan Sri Michelle Yeoh
Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)
Info Ringkas Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 ialah anugerah yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan dianjurkan oleh Berita Harian.
Anugerah pertama: 1987
Tarikh: 21 Julai 2023
Pengacara: Ain Edruce; Johan Raja Lawak
Lokasi: Istana Budaya
‘Ekspresi Legasi Seni’ ialah tema yang dipilih untuk ABPBH 35 dan ia membawa peminat menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, P. Ramlee dan Biduanita Negara, Saloma hingga bakat pelapis era digital. Undian bagi ABPBH 35 bermula pada 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web rasmi ABPBH yang mana undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan digital.
Edisi ke-35 anugerah ini menyaksikan kelainan yang dibawakan, antaranya seperti memperkenalkan nama baharu untuk beberapa kategori dipertandingkan, selaras dengan perubahan landskap industri kreatif dan cita rasa kelompok sasaran Gen Z. Selain Kategori Utama yang dipertandingkan, Kategori Sampingan dan Kategori Ekstra! membolehkan peminat membuat pilihan dalam tujuh kategori popular bersifat semasa dan sohor kini, termasuk kandungan popular platform digital.
Kredit: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_ke-35