Lunch di Ben’s Independent Grocer (B.I.G) Mall of Medini

Foods Review Geng Jumaat

Lunch di Ben’s Independent Grocer (B.I.G) Mall of Medini | Assalamu’alaikum. Cerita dua minggu lepas. Geng Jumaat dengan rasminya dah terjah lunch di B.I.G hehehe. Eat. Drink. Shop ecehhhh. Jangan tenung sangat gambar atas tu. Tulisan B.I.G bersama Ummi Ilhams yang semakin BIG hahaha. Ok, jom tengok apa yang kami makan.

Port makan-makan di Ben’s Independent Grocer (B.I.G):

Independent Coffee
Crumbs
The Grocer’s Kitchen
Sundae Fundae
Makan-makan
Big Sips
Tex-Mex
Ayam BIG

Ini antara menu yang kami makan dari The Grocer’s Kitchen, Ayam BIG dan air dari Big Sips. Overall, sedap ui but little bit pricey la. Well, as expected la kan. Yang penting sodap hehehe. Jom tengok close-up hehehe.

Ummi minum lemonade dan Noni minum Banana Milkshake. Dua-dua pun sedap. Ummi sebenarnya sejenis suka simpan resit untuk salin balik nama makanan. Entah mana resit ni entah dah terbuang, jadi nama menu yang mana ingat je la hahaha.

This is mine.. Beef Lasagna. Sedappppppp uolls.

Ini Noni yang punya.. Beef Spaghetti. Ummi jamah sikit sedap juga.

Yang ni memang sedapppp.. Chicken Wings.. 1 set 3 pcs RM15 hahaha. Sos tu sedap, macam sos nando’s peri-peri tu. Tapi macam nampak botol sos Heinz hahaha. mana-manalah janji sedap.

Roti ni Kak Leen punya. Dia kata sedap. Ummi tak rasa pun hehehe.

Ini gambar sebelum makan. Berkali-kali snap. Kejap orang belakang tu photo bomb. Kejap Ummi yang macam muka sedih. Kejap Ummi macam nampak double chin (hakikat yang sukar diterima). Sudahnya gambar ni je kot paling ok kahkahkah.

Nampak garang ke tak peluk tubuh gitu hahaha. Noni cukup-cukup bersabar la nak tunggu Ummi settle snap gambar baru makan hahaha. Eqa tak ada dia melawat ayah dia yang kurang sihat.

Kak Leen sebenarnya baru sampai dari check up baby di Hospital Gleneagles. So join sekali la dah terlanjur dekat tu.

Bukti kelaparan hahaha. Licin ok hahaha.

10% off discount ni dah tamat ya hahaha. Ummi lambat post entri ni sorry ekekeke.

Lepas makan meronda-ronda tengok groceries. Tak beli apa pun. Pusing-pusing je mampu ekeke.

Sempat lagi kau berangan selfie sesorang ya Hernee. Well, Friday is my “me time” day. Walau hanya 2 jam. Itu sudah mencukupi bagi emak beranak tiga ni. Weekend kalau Babah ajak berjalan tu memang bonus of the week bagi boost mood happy Ummi tau hehe.

Oklah, overall sedap la menu kat Ben’s Independent Grocer (B.I.G). Confirm akan repeat lagi ekeke. Till then, tunggu next entri makan-makan sedap Ummi ya.

p/s Bila nak kurus ni? Forever mok-mok kah???

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!